Online Diary cerita tentang kita: October 2013

*

*
welcome to my blog sharifah shima

Wednesday, October 30, 2013

Dugaan Hari ini




hey rakan-rakan blogger.. hmm.. lamanya xupdate.. rindula pulak.. bz sikit sekarang ni assgmnt bertimbun-timbun.. argghhhh.. tension nya.. 

Dugaan-dugaan.. hmm.. sedih nya hari ini..
sudah lama tak naik bas hari ini tiba-tiba aku naik bas..aku balik awal hari ini xlarat nak tnggu my dad habis keja baru amik aku.. bfre ni xpela sidia ada boleh tlg amikan.. sekarang sidia pun dah jauh.. hmm.. terasa sunyi sangat..

dengan keadaan hujan rintik-rintik aku bergegas ke pekan rabu.. di mana di situ la tempat untuk orang2 yang menaiki bas.. hampir 15 minit aku tunggu bas pun sampai..keseorangan disitu..

lepas naik dari bas, ada pulak abg yang mengalami kecatatan mata, dgn spontan nya dia duduk sebelah aku.. okay fine aku fikir dia oku so aku pun tak kata apa la.. tapi dalam hati hanya Allah ja yang tau betapa risaunya aku takot2 org jahat ke apa ke.. 

selalunya orang oku yang aku jumpa tak aktif mcm dia.. macam2 la dia tanya aku itu ini.. dari apa yang aku tahu dia orang selangor dan bercuti di sini.. dia juga buka sekola agama di selangor. ishla.. dia bg no dia dekat aku kot pastu dia suruh aku miscall aku pun cakap nanti2 aku kol padahal aku xsave pun no dia.. aku buat xtau ja..dia bg no dia sbb dia perlukan cikgu agama.. dia minta aku carikan.. kebetulan aku study amik kos pendidikan.. dalam bas dia asyk dk baca surah2 Al quran ja.. hmm

yang aku was2 dia ni buta ke x.. hmm.. pelik2.. tapi cara dia macam buta sebab kawan dia yang tolong dia jalan. tapi xtau la manusia sekarang bukan boleh percaya sangat. 

Alhamdulilah setelah tiba di shahab perdana aku rasa selamat sangat.. nak balik ke rumah aku kena naik bas lagi satu pula.. bas untuk ke jitra.. mengambil masa 15 ke 20 minit juga.. 

yang malang ja.. apabila pertukaran bas berlaku, aku duduk pula di sebelah anty i**** ni.. Ya Allah hanya Allah ja yang tau bertapa berbau nya dia.. macam sebulan tak mandi.. dengan baju pun kotor dan terkoyak.. selalu kawan i**** aku tak macam dia.. wangi je.. bukanla aku nak hina tapi dh la dalam bas itu guna penghawa dingin pastu bau pulak macam tu.. hmm.. hampir 20 minit juga la aku kena tahan..dah la aku ni xberapa sihat sikit.. aku tengok dia pun macam tak berapa cerdik.. hmm.. ntahla.. 

lastly, argghhh.. apala yang aku pikir sampai dah sampai rumah aku pun tak perasan sampaikan aku tak tekan butang loceng tu.. pastu tiba2 baru aku perasan yang aku dah jauh dari rumah.. dengan sepantas kilat aku pun tekan loceng.. terpaksa la berjalan jauh skit.. nasib baik la tak jauh sangat.. kalo aku tak sedar ntah2 dah sampai uum dh pa.. haha.. malangnya hari ni.. sob3.. hmm..

okay la setakat ini sajala untuk hari ni.. aku ingin memohon maaf jika ada kaum yang terasa aku bukan nak menghina ke apa.. aku cuma meluahkan apa yang aku rasa.. :)

Tuesday, October 22, 2013

lipstick merah first time !!!



lipstick merah !! trend masa kini . memang tak pernah tefikir di benak fikiran aku untuk memakai nya . memang suka tengok orang pakai , tapi bila nak pakai je mesti "ee malu lah" "tak nak lah terang sangat"   yahhh macam tu lah yang aku selalu pikir . minda set macam tu,memang tak berani beli atau try lipstick merah ...

tetapi.. tadi tertiba kawan-kawan aku suh aku try.. so aku pun try la dh tengok diaorg pakai okay je.. lepas-lepas aku try aku rasa teringin la pula nak beli.. hehe.. 

tadaa.. ni la pic yang sempat aku amik tadi.. abaikan tudung itu.. selalu sangat herot.. huhu








Saturday, October 19, 2013

Diam itu lebih baik


Nasihat dan pesanan buat diri sentiasa ni..  .Jangan keluarkan kata-kata yang tak baik ketika mood tak baik.

Kerana mood boleh bertukar menjadi baik, akan tetapi kata-kata yang tidak baik TIDAK boleh ditarik balik. Ini bagaikan al-kisah paku dihentam ke dinding bila marah, bila reda, paku dicabut, masih meninggalkan parut.

Friday, October 18, 2013

Beraya Bersama Sidia

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA YA SEMUA..:)

Alhamdulilah.. selesai juga la sesi berkenalan. btw, raya tahun ni aku pergi  raya rumah sidia.. hehe
masuk kali ni dh kedua kalinya untuk tahun ni kami beraya bersama..

dapat juga la berkenal dengan saudara maranya..sebenarnya aku segan sngat la nk gi beraya rmh dia tapi nk buat macam mana dh terjanji.. huhu.. tpi xpela.. aku suka family dia sporting..

alhamdulilah la mak dia pun baik dan aku suka tengok mak dia layan aku. hehe.. siap tapaukan makanan lagi.. setiap kali aku g rmh dia msti mk dia akan tapaukan.. tak la kerap sangat aku gi umh dia.. baru 3 kali je. 
family aku tak sporting sngat diaorang tak berapa suka sangat perempuan gi umh lelaki. lelaki dtg rumah perempuan xpe.. hmm.. aku tak kesah pun.. aku lebih suka macam tu, tak terlalu bebas sangat.

first time juga la aku kena peluk dan cium.. aikk.. jgn fkir yg bukan2 okay.. hehe.. pelok cium dari bakal mak mentua n bakal mak saudara laa.. hihi..






pic kami berdua je.. dgn family dia belom ada lagi la.. hihi.. InsyaAllah.. next time..:)




teman sidia cari baju untuk dibawa ke kursus.. baju melayu bewarna putih..setiap kali gi cari baju melayu warna putih mesti penjual-penjual itu akan cakap "cari baju nikah ke?" adoi.. huhu



yeahhh.. akhirnya sudah botak.. hihi.. hope perjalanan malam ni ke puchung berjalan dengan lancar..amin..



saat-saat terakhir before sidia pergi.. huhu..
mak kawan cakap tadi senyuman seorang bakal "pegawai imigresen" hehe

Thursday, October 17, 2013

Perempuan Selalu Cakap Ini




Fine
Ini la yang perempuan suka gunakan untuk hentikan pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul dan anda kena diam. Jangan sekali kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai – hanya akan membawa anda berdua bergaduh.
Lima minit
Ini sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak dengan lima minit yang perlawanan bola sepakakan berakhir sebelum anda membawa sampah ke luar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang.
.

Takde apa-apa
Ini bermakna “something” dan anda perlu berjaga-jaga! Perkataan ini melambangkan perasaan perempuan yang inginkan anda berputar-putar kat dalam macam mesin basuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang akan bertahan selama ‘lima minit’ dan diakhiri dengan ‘fine’.
.

Pergilah! (dengan kening terangkat)
Ini adalah satu cabaran yang akan membuat si perempuan menjadi marah dengan ‘takde apa-apa’ dan diakhiri dengan ‘fine’. Pergilah (dengan kening biasa) ini bermakna ‘mengalah’ atau ‘buat je la apa yang awak nak sebab saya tak kisah’. Anda hanya akan mendapat situasi ini dan dalam beberapa minit diikuti dengan ‘takde apa-apa’, ‘fine’ dan dia akan bercakap kembali dengan anda dalam masa ‘lima minit’ apabila dia dah sejuk.
.

Mengeluh yang kuat
Ini sebenarnya bukanlah perkataan, tetapi kenyataan yang sering disalah anggap oleh kaum lelaki. ‘mengeluh yang kuat’ bermakna dia merasakan anda adalah seorang yang bodoh ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh mengenai ‘takde apa-apa’.
.

Mengeluh yang perlahan
Lagi sekali, ini bukanlah perkataan. ‘mengeluh yang perlahan’ membawa maksud yang dia berasa puas. Adalah lebih elok jika anda duduk diam, jangan buat sebarang tindakan… dan dia akan kekal puas.
.

Okay lah
Ini adalah kenyataan yang paling merbahaya seorang perempuan boleh buat kepada lelaki. ‘okay lah’ bermakna dia ingin berfikir panjang sebelum dia membalas terhadap perbuatan anda yang telah menyakitkan hatinya. ‘okay lah’ selalunya digunakan dengan ‘fine’ bersama ‘kening yang terangkat’.
.

Buat lah
Satu ketika di masa depan dalam masa terdekat, anda akan dilanda masalah yang besar.
.

Tolonglah
Ini bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan. Seorang perempuan memberi anda peluang untuk mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas apa yang telah anda lakukan. Anda mempunyai peluang yang adil dengan kejujuran, jadi berhati-hati dan anda tidak akan mendapat ‘okay lah’.
.

Terima kasih
Seorang perempuan mengucapkan terima kasih. Jangan pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama.
.

Terima kasih banyak-banyak
Ini banyak berbeza dari ‘terima kasih’. Seorang perempuan akan menggunakan ini apabila dia dah terlampau marah pada anda. Ini menunjukkan yang anda telah menyinggung perasaannya dan akan diikuti dengan ‘mengeluh yang kuat’. Berhati-hati untuk tidak bertanya apa yang salah selepas ‘mengeluh yang kuat’ kerana ini hanya akan membuat dia berkata ‘takde apa-apa’.

Sunday, October 13, 2013

Aku Penat



actually entri ni dah lama dalam draff.. nk publish xpublish arini terasa gatal  tangan pula nak publish .. hehe..

jom kita tngok..:) 


perasaan yang bermacam macam buat otak tak dapat fikir dengan baik
aku tak boleh terima apa yang jadi

malu dengan diri sendiri
for the first time aku menangis di tempat awam (masuk arini dah 3 kali..hehe)
air mata yang aku tahan terus keluar and badan aku mengigil tahan perasaan
malu tapi hati nie lagi kuat dari otak aku

aku buat kerja gila dengan rela
rela beli itu dan ini
bila dah sedar aku rasa pembaziran tapi aku tak menyesal
hati nie tiada perasaan
perasaan hilang

but
how hard I tried, I still can't smile like always
faked di hadapan kawan kawan tapi hakikat dalam hati tuhan jela yang tahu

bila bila masa je aku air mata nie boleh jatuh lagi
almost 3 weeks aku jadi degil, keras kepala sebab aku tak nak jadi lembut hati
tak nak di ambil kesempatan
tapi bila degil tu hilang dan kesakitan tu datang
air mata senang je jatuh

benci dengan diri sendiri
benci sebab tak dapat kawal perasaan

lembik
kalah dengan perasaan

hope selepas ini aku mampu kawal dan bangun dari kelemahan.. 
dari dulu sampailah sekarang aku tak mampu nak control..

Ya Allah.. tolongla hambamu ini..


Saturday, October 12, 2013

My lover calls me 5 times a day



A: Weh... You know what, my boyfriend called me 3 times a day.

B: Oh really? My lover call me 5 times a day (proud face) 
A: Whoah... Your lover has much credit, hasn't him? 
B:  No need. We used wire-less connection  

A: (Not satisfied) hmm .. At what time he called?  
B: SUBUH, ZOHOR, ASAR, MAGHRIB and ISYAK. More romantic, He call me at 2-3 am. At times, during Dhuha...

Thursday, October 10, 2013

Suprise for him..


Another surprise for him.
Yes him ! Him ! Him !

Alhamdulilah akhirnya berjaya juga apa yang aku rancang..hmm..
terima kasih kepada kawan2 yang banyak membantu dan memberi idea...

bila sampai dekat meja, aku pandang dia.. dia kelihatan agak terkejut bila di meja di atas tu ada kek.. hehe.. padahal aku just gtau dia kami buat makan2 je.. sje nk lunch sama2.. yeaahhh.. akhirnya dia tertipu.. hehe..

lawak sangat tengok muka dia time tu.. hmm.. kejutan ni cuma nk dia ingat kt aku je bila jauh.. huhu.. 













kami mmg suka buat2 muka.. hihi..:P 







terima kasih kawan2 sbb dh tlg untuk buat suma nie.. syg ampa suma..:)




Sunday, October 06, 2013

Sebak



Ya Allah, malu nya nangis depan dia tadi.. hmm..secara spontan je.. tertiba sebak bila dia cakap "lepas ni xboleh nak mcm ni sangat dah" lepas pada itu air mata laju je kuar.. dah la hujan lebat tadi..  air mata aku tadi umpama macam air hujan yang mencurah-curah.. hmm

nasib baik la sidia pandai amik hati aku balik dengan lawak2 yg dia buat.. dalam ketawa itu ada tangisannya..walaupun aku sedih sangat terpaksa juga aku senyum untuk dia supaya dia tak susah hati.. nasib baik la dalam kereta tadi xada la org perasan sangat..

sudah lama aku tahan perasan ni, akhirnya keluar juga semuanya.. tiap2 malam before tido msti aku teringat mcm mana keadaan aku nanti bila berjauhan tapi xpela semua ni untuk masa depan aku redha.. aku tak pernah syg org lain mcm mana aku syg dia.. dia byk sabar dgn kerenah "budak-budak" aku ni...yela dia kan dh 24 tahun yg aku ni baru je 19 tahun.. mmg budak-budak pun.. hehe

tadi sidia antar mcj suruh tgk fb.. aku pun tgk laa sidia post lagu "Takkan Terpisah" dia ckp dia kesian kt aku sbb tu dia post lagu tu.. hmm... btw, thanks syg.. dengan itu aku pun tukar lagu dekat blog ni lagu "Takkan Terpisah" hehe..

okayla setakat ni jala yg dapat aku share untuk malam ni.. tunggu pula entri hari khamis ni.. ada suprise .. hope dia suka.. :)

Saturday, October 05, 2013

Renungan Bersama





" Bila ALLAH belum memakbulkan doa kita, Dia sebenarnya telah menyediakan sesuatu yang jauh lebih baik dari apa yang kita harapkan..."


"Boleh jadi apa yang kita sangkakan baik itu adalah sesuatu yang memudaratkan, dan boleh jadi apa yang kita sangkakan jahat itu adalah yang paling baik buat kita... Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui, sedangkan kita tidak..."

Tuesday, October 01, 2013

Title Pegawai Imigresen




Congratulation To My Future Husband, Muhamad Fazli Bin Ayob.. lepas ni dapat la title baru iaitu Pegawai Imigresen.. sedih nye terpaksa berjauhan tapi nak buat macam mana kan.. demi masa depan aku redha je.. berserah pada takdir..


YA Allah Yang Maha Pemurah, terima kasih Engkau telah menciptakan dia dan mempertemukan aku dengannya...

Terima kasih untuk saat-saat indah yang boleh kami nikmati bersama.

Terima kasih untuk setiap pertemuan yang boleh kami lalui bersama.

Terima kasih untuk setiap saat-saat yang lalu.

Aku datang bersujud dihadapan-Mu,

Sucikan hati aku ya Allah, sehingga dapat melaksanakan kehendakMu dan semua perjalanan dalam hidupku.

Ya Allah, jika aku bukan pemilik tulang rusuknya.

janganlah biarkan aku merindukan kehadirannya..

Janganlah biarkan aku melabuhkan hati aku di hatinya.

Kikislah pesonanya dari pelupuk mataku..

dan usirlah dia dari relung hati aku..

Gantilah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam di dada ini dengan kasih dari dan pada-Mu yang tulus dan murni.

Tolonglah aku agar dapat mengasihinya sebagai sahabat...


Tetapi jika Kau ciptakan dia untuk aku, ya Allah, 

tolong satukan hati kami.

Bantulah aku untuk mencintai, mengerti dan menerima dia seutuhnya.

Berikan aku kesabaran, ketekunan, dan kesungguhan untuk memenangkan hatinya.

Urapilah dia agar dia juga mencintai, mengerti dan mahu menerima aku 

dengan segala kelebihan dan kekurangan aku sebagaimana aku telah Kau ciptakan.

Yakinkanlah dia bahwa aku sungguh-sungguh mencintai dan rela membagi suka dan duka aku dengan dia.

Ya Allah Maha Pengasih, dengarlah doa ku ini.

Lepaskanlah aku dari keraguan ini menurut kasih dan kehendak-Mu.


Allah Yang Maha Kekal, aku tahu Engkau setiasa memberikan yang terbaik buat aku.

Luka dan keraguan yang aku alami pasti ada hikmahnya.

Pergumulan ini mengajar aku untuk hidup makin dekat pada-Mu, untuk lebih peka terhadap suara-Mu

yang membimbing aku menuju terang-Mu.

Ajarlah aku untuk tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan.

Jadilah kehendak-Mu dan bukan kehendak aku  yang jadi dalam setiap bahagian hidup aku, ya Allah.

Amin….




My Best Friend Forever



How good are you as a friend?



Semua orang ada kawan, sahabat, teman atau whatever terms you would described them. But I am very sure that many of us are hardly to find real friends that we can conclude as our very best friend. What should I call you if you always betrayed me or would say something bad about me at others? Ramainya kawan-kawan yang macam ni kan? ;)

 walaucamana pon kita terima jela baik buruk kawan kita..kita pon ade buruknya jgk..ape2 pon syg lah kwn2 anda ok.. :)



                                        Kawan Zaman Uni

Aku tak-friendly-sangat tapi aku memang suka berkawan. hampa tak mau kawan dengan aku? (pelek kedah ) hmm.. xpala.. sedihnye..:( . aku sangat bersyukur dapat kawan seperti mereka yang selalu tolong aku  jika aku perlukan, ceriakan aku jika aku bersedih, gilakan aku bila aku muram, sokong aku bila aku perlukan, menjadi pendengar setia luahan aku, memahami aku bila aku runsing, menasihati aku jika aku salah, sayang aku bila aku sayangkan mereka. Alhamdulillah.Terima kasih, kawan.


Jart, Liya, Aida, Yuni, An, Tyra ,Dida ,Kak Madia, Eifah, amat ,dan lain-lain.. sayang ampa..


                                kawan zaman sekolah..

               
Suatu ketika dahulu…setiap masa terisi…..ada sahaja masa yang terluang..pasti kami akan guna sebaik mungkin…di kala ini,aku tersenyum sendiri…terkenangkan kamu-kamu…yang pernah menjadi sahabatku..sehingga ke akhir waktu…selalu menolong aku.. kita slalu study bersama-sama terutama time add math.. time tu la yang paling bosan kn.. hehe.. dkt skola kita slalu blik ptg n hari cuti kita slalu hang out.. best sngt time tu..  demi ALLAH..aku tersangat rindu…sangat rindu..air mata tidak tertanggung lagi…sehingga la aku mencari balik gambar2 kita time dulu.. srius lawak sangat hehe.. aku rindu hampa weyh.. bila nk mcm dlu lagi ek.. msg2 dah jauh.. hmm.. nk jumpa pun susah.. 

kita berkawan di zaman sekolah rendah sehinggala kini..banyak suka dan duka..ada pahit..ada manis..ada sahaja kenangan kita bersama..Ya ALLAH…Kau panjangkanlah usia kami..berikan lah peluang untuk kami bertemu lagi di suatu hari…insya ALLAH…amin.. 


Azlen, Fatihah, Aishah,Madet, Syed, Es, Rais dan lain- lain.. i really2 mish u all.. jomla wt reunion.. kita2 je dah laa.. dah lama tak tengok ampa.. cmna la kan ampa skng.. aku dah gemok dh weyh.. haha..

jom tengok wajah-wajah yg saya sayang..:)


                                               Zaman Uni




ni aida.. nama penuh sharifah aida husna.. dia ni suka buat lawak.. 



ni dida.. dia ni pandai nyanyi tau.. mcm2 lagu boleh.. 


ni eifah.. pemalu orangnye.. 


ni pula an.. dia ni suka bercakap.. tak henti2.. hihi


yang si lesung pipt ni, liya namanya.. kecik molek je org nye.. mcm wawa zainal x? ramai org cakap dia mcam wawa zainal.. suka tengok lesung batu dia tu.. :P

siti hajar bt hamzah nama nya.. cmey kn.. dia ni bila masuk geng riuh rendah jadi nya hehe


ni kakak kami.. nama dia madia.. dia slalu bg nasihat.. byk tip2 yg dia ada.. 



yang si cantik manis ni yuni nama nya.. macam model kn..future wife ni, xlama dh ni.. bertunang sudah, jgn tnggu lama2 ya.. hehe..


                yg serba pink ni.. tyra nama nya.. comel apabila tersenyum.. 




dia ni sorang je kawan laki yg ada dlm kelas dece..nama nya amar.. kami bg gelaran kt dia "panjang" hehe.. sbb dia mmg tinggi sungguh..baik dan kelakar orgnya..

                                                 Zaman sekola



fatihah adila nama nya.. seorang yang pemalu dan sensitif.. kami berkwan dari tadika sehingga la sekarang.. dia juga merupakan dua pupu aku..:)


yg ni madet namanya.. dia ni pandai.. ramah kdg2 sensitif juga.. hehe


   yang cantik n ayu ni.. nama dia azlen.. peramah org nya.. dah menjadi gadis muslimah sekarang ni.. tahniah2..  truskan okay.. dah lama tak hang out.. huhu





ni kawan baik aku dari skola rendah lagi.. Aishah nama nya.. lama xjumpa dia..hmm

yg ni rais dan is.. rais yg berjam putih tu.. rindu hang weyh..*pelek kedah.. lama xjumpa.. duk plan nk jmpa tapi smpay skng x.. hmm.. sedih2.. ang kan suka wt lawak.. duk dgn hang asyk gelak ja.. :)


 yang ni pulak iskandar nama nya.. yg berbaju hitam putih.. sory la weyh aku ciplok pic dari fb ang.. haha.. lama xdengar cita ang.. semakin tnggi pa.. haha.. serius rindu hampa suma.. 



fot the last.. ni kawan aku yg slalu bagi aku semangat dan dorongan time skola dlu.. nama nya syed ahmad subhi.. skng ni hubungan kami agak xrapat mcm dlu di sebbkn oleh sbb2 tertentu.. hehe.. hope satu hari nanti kita boleh brkumpul mcm dulu2 ya.. 



                  ingat lagi x gambar ni? hehe.. gambar first day kita hang out.. :)


ingat lagi x time ni kita suma pkat pakai baju kurung n melayu semata2 nk shout.. hihi..:)

p/s: wahai sahabat-sahabatku jangan marah ya aku curi gambar hampa.. mybe gambar ampa akn kuar dkt google image.. kalo xsuka gtau nah t aku delete..huhu.. sory sangat2 ya..tertiba arini teringat dekat ampa suma terpost entri ni.. :)

 
Copyright lyssa Faizureen 169; . All Right Reserved by sharifah shima