Online Diary cerita tentang kita: January 2013

*

*
welcome to my blog sharifah shima

Thursday, January 31, 2013

Dunia Universiti


Assalamualaikum....

Dunia Universiti... hmm.. memang best.. tapi bukanlah satu perkara yang amat mudah seperti yang sering kita fikirkan. setiap individu yang menjejak kaki ke universiti adalah untuk berjuang demi masa depan bak kata pepatah 'kalau tidak dipecahkan ruyung.manakan dapat sagunya..' 

pengajaran dan pembelajaran di universiti berbeza sama sekali dengan pembelajaran di sekolah.. di sekolah semua info dan nota-nota semuanya diberikan oleh guru tetapi di universiti semuanya bergantung pada diri sendiri.. bagusla dapat mengajar kita erti berdikari. selain itu kita jugak dapat merapatkan ukhuwah dan silaturrahim tanpa mengira bangsa dan warna kulit. ini kerana kita membawa impian,harapan dan matlamat yang sama iaitu untuk mengenggam segulung ijazah dan berusaha memjadi pelajar,anak dan masyarakat yang cemerlang.

sesetengah orang selalu berfikir masuk u nak enjoy.. cari boyfriend.. sebagai contoh salah seorang budak yang aku kenal masuk u hanya nak lari dari rumah.. bosan dan boring katanya.. pelik.. aku sangat pelik dengan dia.. tidak kah dia berfikir bertapa susahnya ibubapa  yang mengeluarkan duit untuk memberi pembelajaran terhadap anaknya? sejahat-jahat aku, seburuk-buruk aku, aku masih boleh berfikir bertapa susahnya seorang ibubapa bersusah payah membesarkan kita dan memberi pembelajaran terhadap kita.. if ibubapa kita banyak duit sekalipun takkan la sanggup fail.. memang la pointer dapat sebanyak mana sekalipun kita still dpat diploma/ijazah tapi tidakkah kita berfikir if ada diploma sekalipun tetapi tidak berkualiti tidak berguna jugak..hmm.. aku pun kadang-kadang terpikir dan semua ni memberi pengajaran dan semangat kepada aku untuk terus berjuang..

kepada kawan aku itu berubah la ingat la masa depan.. tidak ada manusia yang sempurna. aku pun bukan manusia yang sempurna banyak benda yang perlu aku berlajar dan berubah.. adakah kita hanay perlu mendongak langit tanpa ada usaha untuk mengubah nasib? kehidupan kita semakin mencabar,taraf hidup tinggi malah perkerjaan sekarang susah sangat nak dicari dan memerlukan kelayakkan yang tinggi dan berkualiti. oleh itu.. marilah kita sama-sama bangun , bukakan mata dan capai impian kita sampai kita ke puncak kejayaan di dunia dan di akhirat..
























Tuesday, January 29, 2013

Dugaan Hidup

       Assalamualaikum..


Entah mengapa hari ini sangat sedih,sebak, pilu bila memikirkan keadaan sahabat baik ku sendiri yang sekarang sedang berada di kl untuk mengubat penyakitnya..aku sangat sayang kawan-kawan aku sampaikan aku sendiri yang merasa sebak. tidak dapat nak dibayangkan sekiranya aku menjadi sepertinya.. tabahkah aku?? dia seorang yang tabah.. mimik muka dia tak pernah menunjukan dia sedang sakit.. aku kagum dengan dia. walaupun hati dia tengah sedih tetapi wajah dia sentiasa senyum dan ceria.. hanya rakan-rakan yang rapat saja yang mengetahui..


tengah hari tadi aku boring sangat,, aku on fb dan aku pun usha la cket fb dia.. terjumpa gambar dia terlantar di hospital time 2011.. ya Allah sebak jugak aku time 2.. sedih sangat bila kawan-kawan aku sakit-sakit.. ntah la.. bila orang yang aku sayang sedang sakit ke pe ke.. aku mesti akan terasa jugak.. aku asyik terpikir.. aku berharap sanagt dia sembuh.. kalau boleh aku tak nak lagi kehilangan orang yang aku sayang .. sudah banyak orang yang aku sayang telah pergi.. tetapi aku tidak ada hak untuk menghalang ketentuan Allah.. Allah Mahu Berkuasa..aku redha.. 
kepada Liya ( http://www.facebook.com/alya.atiza) kuatkan semangat ya.. semua ni dugaan dari Allah.. berjuang ya.. kami semua sangat sayangkan lia.. 
take note:


Allah berfirman bermaksud: Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.(Surah al-Anbiya, ayat 35)

Sekiranya kita boleh bersabar dan redha, maka itulah ganjaran pahala untuk kita. Sebaliknya kalau kita tidak boleh bersabar dan tidak redha, malah merungut-rungut, mengeluh dan memberontak, hanya akan menambahkan lagi dosa kita

Sekiranya kita telah dihukum di dunia lagi, kita patut bersyukur kerana apabila kembali ke akhirat, kita telah bersih daripada dosa.

Adakalanya, kita ditimpakan kesempitan hidup. Sengaja Allah takdirkan demikian kerana Allah sayang pada kita. Allah hendak melatih kita menjadi orang yang bersabar dan redha dengan takdirnya.




 Ya ALLAH...


ampunkanlah segala dosa2 kami,dosa2 kedua ibu bapa kami..jadikanlah kami insan yg sabar dan tabah dalam menghadapi segala Ujian dari-Mu Ya Robb..Berkati dan Rahmatilah kehidupan kami.Jadikanlah kami hamba-Mu yg taat dan sentiasa bersyukur atas segala nikmat Mu.tetapkan iman kami Ya Robb agar hati2 kami tegar dan tetap terus melaksanakan perintah-Mu.Tiada Daya dan upaya kami melainkan dengan Kekuatan yg Engkau berikan. Perkenankanlah doa kami Ya Robb.. Ameen Ya Rabbal Alameen.."






Monday, January 28, 2013

secebih ingatan buat hawa

Assalamualaikum....

hey.. aku cuma nak share apa yang aku baca.. setelah aku baca barulah aku tahu.. huhu


1.Bulu kening

- Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening" HR Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki)

- "Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." QS An-Nur: 31. Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

3. Wangian

- "Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." HR Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada


- "Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka." QS An-Nur : 3. Keterangan: Melabuhi tudung atau memakai tudung yang tidak menampakkan bentuk dada dan bahagian tepi tudung dibawah bahu.

5. Gigi

- "Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.". HR At-Thabrani.

- "Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah". HR Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher

- "Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu." Keterangan: Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan

- "Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." HR Muslim dan Bukhari.

8. Tangan

- "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya". HR At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata

- "Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya." QS An Nur : 31.

- Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." HR Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara)

- "Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." QS Al Ahzab: 32.

- Sabda SAW, "Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." HR Ibn Majah.

11. Kemaluan

- "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka." QS An Nur : 31.

- "Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." HR Al Bazzar.

- "Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." HR Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian

- "Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." HR Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

- "Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." HR Bukhari dan Muslim. Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/ jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/ membuka bahagian-bahagian tertentu.

- "Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang." QS Al Ahzab : 59.

13. Rambut

- "Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." HR Bukhari dan Muslim.



tatapan untuk sahabatku


Assalamualaikum,,




khas untuk sahabat-sahabatku...


Kalau satu hari kau menangis , bagi tahu aku , aku tak janji nak buat kau tersenyum , tapi aku boleh menangis bersama kau :')

Kalau satu hari kau ada masalah , kau bagi tahu aku , aku tak janji nak bagi penyelesaian , tapi kau boleh kongsi dengan aku :')

Kalau satu hari kau nak pergi berjalan , bagitahu aku , aku tak janji nak halang kau tapi ....., aku boleh teman kau :')

Kalau satu hari kau perlukan seseorang untuk mendengar cerite kau , aku janji aku akan ada untuk kau :')

Tapi kalau satu hari kau perlukan aku , dan aku tiada , mungkin kerana Allah lebih memerlukan aku :')


Reasons Why I Love You


Assalamualaikum...

There are three reasons why I love you:
1. ...
2. ...
3. ...
Actually, there are no reasons. I just do.
My love for you is like getting a diarrhea, I just can't hold it in.

If my love is a question, I'm sure u are the answer


Love you a little bit more
I love you a little bit more when you call me honey
i love you a little bit more..


jangan takut kawin muda

Assalamualaikum...



copy & paste darihttp://harianislam.com/

Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. Jadi, mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?”
Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami ‘declare’, untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. Saya mengalami tekanan hidup sehingga tidak berhubung dengan dunia luar.
Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. Pada mulanya, saya ingat sekadar ‘cinta rebound’, tetapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan. Akhirnya si dia berani hubungi ayah saya dan minta izin untuk berkahwin kerana takut kehilangan saya lagi.
Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar; ketika beliau tahun 1 peringkat ijazah.
Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM 200, sebentuk cincinemas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.
Simple bukan? Kenapa perlu pening?
Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda.
Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?
Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu; bukan cara Islam.
Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.
Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba serbi. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru.
Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.
“Seganlah. Nanti orang kata apa.”
“Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran.”
Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah.
Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.
Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!!
Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.
Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dahulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.
Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya), untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.
Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima.
Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.
Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.



Saturday, January 26, 2013

5 cara happy selalu

Assalamualaikum..

senang saja nak happy.. ikuti lah step ini, pasti kamu akan merasakan hidup kamulah yang bahagia di dunia ini......




  1. Jadi miss atau mrs foto
hadirnya era kembara digital menjadikan kita lebih mudah untuk merakam semua detik-detik indah dalam hidup. tidak perlu beli filem. terasa malu mahu bergambar hanya klik sahaja.oleh itu, ambillah ini cuba bawa kembara saku kemana-mana sahaja kamu pergi ya..lalu rakamkan peristiwa,suasana dan orang-orang tertentu yang kamu anggap lucu dan menarik.. melihat koleksi-koleksi tersebut pasti membuatkan kamu tersenyum..

    2.  Bangun awal pagi

nenek-nenek kita selalu ingatkan 'anak gadis banguh tengah hari jodoh dan rezeki akan lari' . apa kata jadikan nasihat tersebut sebagai satu dorongan untuk bangun awal pagi terutama pada hari minggu.percayalah bangun awal pagi akan membuatkan kamu menjadi tenang dan segak. disamping itu dapat melihat keindahan pagi.

   3. cium peluk sayang

sebelum pergi kerja,skola atau ke kolej berilah salam hangat buat keluarga dirumah. dakap dan kucupan ibu atau ayah kamu sambil mengucapkan 'pergi dulu'. pastinya hati kamu akan sentiasa rasa gembira. biarpun mungkin kmau berhadapan pelbagai masalah, namun dengan dakapan dan ciuman yang diberikan pada keluarga tersayang setiap hari dapat mengingatkan kamu dalam apa jua yang akan berlaku, kamu masih ada keluarga yang akan membantu.

   4. berkumpul dengan kawan-kawan lama

sekali sekala apa kata habiskan waktu bersama dengan rakan-rakan. pergilah ke tempat yang dahulunya pernah menjadi tempat kamu dan rakan-rakan kamu melepak. pasti saat itu kamu akan menngingati saat-saat lucu kamu semua berkawan.saat ini akan membuatkan kamu melupakan tekanan yang kamu hadapi.

  5. lidah yang indah




melihat keindahan alam semulajadi ciptaan Tuhan boleh mengingatkan kamu bertapa bertuahnya kamu dilahirkan di dunia ini.sedikit sebanyak dapat mengingatkan kamu agar sentiasa bersyukur dengan apa yang kamu ada. 



Thursday, January 10, 2013

about me



Assalamualaikum.. 

hey.. nama saya sharifah shima syed omar..
berumur 19 tahun...
baru je start menulis blog.. 
blog ni just suka2 je xde apa2 yang menarik pun..
untuk mengisi masa lapang..

btw, shima masih study..
dalam kos pendidikan..
dah tahun 2..
i'm not single.. hehe..:P


makanan yang disukai?

  • nasi ayam
  • kotiau tomyam
  • pizza
  • chicken chop
  • laksa
  • bihun sup

minumkan yang disukai?



  • pelbagai aneka jus.
  • nescafe
  • hot milo
  • chocolat kapocino

kelakuan?
  • manja
  • pemalu
  • sensitif







 
Copyright lyssa Faizureen 169; . All Right Reserved by sharifah shima