Online Diary cerita tentang kita: February 2013

*

*
welcome to my blog sharifah shima

Tuesday, February 26, 2013

Aku Pencinta Novel

Assalamualaikum....


hey.. mm.. pencinta novel?? haa.. actually aku memang sangat suka membaca dan mengumpul novel..minat membaca ni sejak dari sekolah rendah lagi.. bagi aku dari pergi main game or lepak , aku lebih suka luangkan masa aku untuk membaca novel..

           zaman sekarang ni, bukan  lagi asing bagi lelaki yang membaca novel.. kawan-kawan lelaki aku si SMKTAM DAN di UNITAR pun ada jugak yang membaca novel.. kekadang ada jugak la aku pinjam dari diaorang..hehe.. by the way.. aku respect ark, korang sanggup  baca novel yang tebal-tebal.. selalunya sesetengah lelaki ni cukup tak suka baca buku tebal-tebal kan.. right??



tadaa.. ni la koleksi novel-novel aku.. 
sebenarnya banyak lagi tapi ada 
yang dah terkoyak dan
 ada yang telah dipinjam..huhu





                                      ini novel-novel yang telah dipinjam.. huhu..


yang ni pulak koleksi novel yang aku pernah baca.. 
sebenarnya banyak lagi.. 
tapi dah lupa tajuk.. huhu..



Tuesday, February 19, 2013

Tip Khawin Muda


Assalamualaikum....




Perkahwinan merupakan salah satu tuntutan Islam yang wajib sekiranya seseorang individu tersebut mempunyai kelayakan dan cukup syarat untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami ataupun isteri. Dalam masyarakat kita pada hari ini, tidak ramai yang memilih untuk melaksanakan perkahwinan dalam usia yang muda. Muda disini adalah dalam lingkungan 20-24 tahun.
Usia sebegitu seringkali dianggap sebagai belum cukup dewasa atau matang bagi memenuhi tuntutan dalam perkahwinan. Namun ianya bukanlah satu masalah yang tidak boleh diselesaikan. Terdapat beberapa tips bagi mereka yang ingin mendirikan mahligai perkahwinan seawal usia 20-24 tahun.
Berikut adalah tips-tips yang boleh anda cuba ikuti :-
1- Anda harus menonjolkan akhlak dan peribadi yang baik kepada ibubapa, adik-beradik, saudara mara serta orang sekeliling. Sahsiah diri yang terpuji mampu meyakinkan ibubapa untuk ‘melepaskan’ anda ke dunia lain yang lebih mencabar iaitu perkahwinan.
2- Tunjukkan kematangan anda dalam setiap pekerjaan yang anda lakukan. Baik dari segi membuat keputusan mahupun dalam berfikir dan bertindak. Kematangan dalam kepimpinan juga penting bagi lelaki yang ingin mendirikan rumahtangga seawal usia yang muda.
3- Jaga ibadah dan amalan sebagai seorang Muslim yang baik. Lakukan amalan wajib dengan sempurna dan tingkatkan amalan-amalan sunat yang lain sebagai persediaan rohani sebelum bergelar pasangan suami isteri.
4- Beritahu keluarga dan orang-orang terdekat anda bahawa perkahwinan yang bakal anda dirikan bukanlah berlandaskan nafsu semata-mata. Akan tetapi perkahwinan yang anda ingin dirikan adalah sebagai memenuhi salah satu tuntutan ibadah dan tanggungjawab seorang Muslim.
5- Anda juga perlu menunjukkan sedikit sumber pendapatan yang anda miliki sekarang bagi meyakinkan ibubapa anda untuk anda berumahtangga. Sumber tersebut adalah seperti gaji bulanan, side income serta simpanan anda terdahulu. Bagi yang masih belajar, usahakan untuk mencari side income sendiri dengan melakukan kerja-kerja luar (part-time) ataupun berniaga sendiri secara kecil-kecilan. Ini penting sebagai keyakinan kepada ibubapa bahawa anda mampu untuk menganggung pasangan seawal usia muda.
6- Buat pasangan yang masih belajar, letakkan usaha dan ilmu di tahap yang tertinggi. Pastikan perancangan anda untuk mendirikan perkahwinan tidak mengganggu pelajaran dan fokus anda sebagai pelajar. Fahamkan pasangan dan ibubapa tentang komitmen utama anda. InsyaAllah mereka akan menyokong dengan baik.
7- Jalankan tugas dan tanggungjawab anda dengan lebih baik dari kebiasaan bagi 'membeli' kepercayaan dan keyakinan ibubapa dan pasangan yang anda mampu menjalankan tanggungjawab sekiranya berkahwin kelak.
8- Anda perlu bijak dalam melakukan perbincangan bersama keluarga bagi menyatakan hasrat anda berkahwin seawal usia yang muda. Cari mood yang baik dan pastikan kesemua tips-tips di atas sudah dipenuhi. Bawa berbincang dan tunjukkan kesungguhan anda dalam perkara ini. Ambil hati ibubapa anda supaya mereka dapat mendengar dengan baik dan tidak membantah. Minta juga nasihat dan pendapat dari mereka.
9- Sekiranya cadangan dan permintaan anda ditolak, jangan berputus asa. Teruskan usaha dan tunjukkan kesungguhan yang mendalam terhadap perkara ini. InsyaAllah lama-kelamaan keyakinan dan kepercayaan ibubapa anda akan datang dan mereka sendiri akan menanyakan semula permintaan anda untuk berkahwin. Terus berdoa usaha dan tawakal.InsyaAllah.

sumber:iluvislam





Monday, February 04, 2013

‎18 Perkara Yang Perempuan Inginkan Dari Lelaki

Assalamualaikum...




Berikut merupakan 18 perkara yang diinginkan oleh perempuan yang telah kami susun mengikut abjad.


Beramal soleh.. Perempuan mahukan seorang lelaki yang beramal soleh. Mereka mahukan lelaki yang tahu menjaga Rukun Islam, menunaikan solat lima waktu sehari semalam, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat, dan sentiasa menjaga batas-batas pergaulan di antara lelaki dan perempuan. Mereka juga mahukan lelaki tersebut tidak melakukan perkara-perkara yang diharamkan dalam Islam.

Bersikap adil Yang kedua..perempuan mahukan lelaki yang bersikap adil. Ianya adalah seperti bersikap adil dengan anak-anak, ibu bapa, ibu dan bapa mertua, adik beradik dan rakan-rakan. Sesetengah lelaki hanya mementingkan diri mereka sahaja dan tidak menghiraukan pasangan mereka. Mereka lebih mendahulukan keluarga mereka sendiri tanpa mengambil kisah ahli keluarga pasangan mereka. Perempuan tidak suka lelaki yang bersikap begini.

Bertanggung jawab..Lelaki perlu mempunyai sikap yang bertanggung jawab. Tidak kisah samada lelaki itu sudah berkahwin atau pun tidak, dia perlu bertanggung jawab atas setiap apa yang telah dilakukan. Jika dia ada buat salah, dia perlu bertanggung jawab atas kesalahan yang dilakukan itu. Jika dia ada anak, dia perlu bertanggung jawab memberikan nafkah kepada anak-anaknya. Janganlah berlepas tangan dan membiarkan pasangan anda begitu sahaja.

Bertolak ansur ..Perempuan juga inginkan lelaki yang tahu bertolak ansur. Ada sesetengah lelaki yang tidak ambil peduli langsung perasaan pasangan mereka. Apa yang mereka tahu, perempuan perlu ikut cakap suami. Jangan cakap banyak. Tetapi itulah kesilapan yang sering berlaku. Mereka tidak mahu bertolak ansur dan mendengar pendapat dan cadangan dari perempuan.

Ikhlas.. Seorang lelaki perlulah ikhlas dalam perhubungan mereka. Janganlah mereka rasa diri mereka terpaksa untuk menyayangi seseorang. Untuk memastikan sesebuah perhubungan itu kekal, seseorang lelaki itu haruslah mempunyai niat hati yang ikhlas untuk berkawan, berkenalan, dan berkahwin dengan perempuan yang ingin dikahwini.

Ingin dimanja.. Perempuan mahukan lelaki yang pandai memanjakan diri mereka. Anda pun tahu bahawa perempuan ini memang mempunyai perwatakan yang manja. Oleh itu mereka sangat suka jika anda dapat memanjakan diri mereka dengan cara anda tersendiri.

Kasih sayang.. Apa maknanya cinta tanpa adanya kasih dan sayang. Perempuan akan merasakan dirinya berada dalam hati seorang lelaki apabila lelaki dapat memberikan kasih sayang dan menyayangi mereka dengan sepenuh hati.

Kejujuran.. Jujurlah dalam berpasangan. Ianya adalah sangat penting dan sangat dititik beratkan oleh perempuan. Hati perempuan akan remuk apabila lelaki yang mereka sayangi mempunyai perempuan lain di belakang mereka.

Kepercayaan.. Perempuan inginkan kepercayaan dari seorang lelaki. Mereka tidak mahu lelaki berprasangka buruk dan fikir yang bukan-bukan tentang dirinya. Berikan kepercayaan kepada pasangan anda agar si dia dapat memberikan kepercayaan pula kepada anda.

Kesetiaan.. Apa gunanya jujur kalau tidak setia. Anda perlu setia dengan pasangan anda. Tak usahlah mencari yang lain melainkan anda melepaskan dulu pasangan anda yang sedia ada. Lebih baik menjaga hati mereka dengan baik daripada menyakitinya dengan kecurangan anda.

Lemah lembut.. Perempuan merupakan insan yang penuh lemah lembut. Mereka tidak suka apabila lelaki mengasari diri mereka. Apabila anda bercakap, bercakaplah dengan lemah lembut dan romantik. Kami percaya si dia pasti terpikat dengan kelembutan layanan anda pada dirinya.

Memahami.. Sering berlaku pergaduhan disebabkan perselisihan faham. Perempuan maksudkan yang lain, tetapi anda menganggap yang lain. Anda perlu faham dengan jelas apakah yang mereka inginkan dari anda. Apabila mereka merungut, tidak bermaksud si dia menyalahkan diri anda. Tetapi si dia ingankan anda mendengar luahan hatinya.

Memimpin.. Seorang lelaki perlu pandai memimpin. Setelah berkeluarga, lelakilah yang akan memimpin keluarga tersebut. Jika anda tidak pandai memimpin pasangan anda, siapa lagi yang dapat si dia berikan kepercayaan untuk memimpinnya ke syurga Allah?

Mempunyai pekerjaan.. Bukan bermaksud perempuan adalah insan yang materialistik. Tetapi mereka inginkan kepastian dalam hidup mereka. Mereka mahukan lelaki yang mempunyai pekerjaan supaya mereka dapat bergantung harap dan mempunyai makan dan minum yang mencukupi seperti ketika si dia dijaga oleh bapanya sebelum diijab kabulkan dengan anda.

Perhatian Yang seterusnya.., perempuan inginkan perhatian dari anda. Apabila mereka mula bercakap, mereka inginkan anda mendengar apa yang mereka katakan. Mereka mahukan anda memberikan perhatian sepenuhnya kerana mereka hanya dapat meluahkan perasaan dan terlepas dari kesedihan apabila anda dapat mendengar luahan hati mereka dengan teliti.

Perlindungan.. Perempuan adalah insan yang lemah. Mereka tidak kuat dan mereka memerlukan pertolongan dan perlindungan dari anda. Sebagai seorang lelaki, anda haruslah menjaga dan melindungi pasangan anda daripada sebarang bahaya, ancaman dan memberikan tempat tinggal untuk si dia berteduh dan berlindung.

Rajin.. Apabila sudah berkahwin nanti, jangan hanya membiarkan isteri anda melakukan segala kerja rumah. Jadilah seorang suami yang rajin dengan bersama-sama membantu dan menolong si dia dalam mengemas rumah, menyiram pokok bunga, basuh pinggan mangkuk, dan sebagainya. Mereka sangat suka apabila mempunyai seorang lelaki yang rajin membantu mereka membuat kerja-kerja harian di rumah.

Romantik Dan akhir sekali, perempuan inginkan lelaki yang romantik. Mereka sukakan lelaki yang pandai mengambil hati mereka seperti membuat kejutan pada hari ulang tahun perkahwinan, ulang tahun kelahiran atau pada hari-hari yang anda rasakan perlu. Dan perempuan sukakan hadiah. Apa kata anda berikan si dia hadiah sempena ulang tahun kelahiran si dia nanti.






take note: jikalau tidak ada dalam diri anda sumua ini.. perbaiki la okay.. :))

Sunday, February 03, 2013

mahligai kasih ibu


Assalamualaikum....

Ibu, kau pernah membina mahligai untuk membahagiakanku. Belaian tanganmu sewaktu kecil mampu memberi tanganmu sewaktu kecil mampu memberi detik kasih sayang yang sangat indah dalam hidup. Keakraban dan kemesraanmu ditiub di setiap anggota badanku. jika dingin malam menghampiriku, kau akan menyelimutiku dengan selimut kasih sayang. kesusahan dalam hidup tidak pernah menjadi penghalang kemesraanmu untuk melayan karenahku. kenakalanku sewaktu kecil menjadi pembakar semangatmu untuk tidak melepaskan segala tanggungjawabmu untuk mendidi dan membesarkanku. jika difikir dengan jasamu tidak dapat balas dengan segala-galanya. Hanya engkau mehligai yang selalu membahagiakanku.


~~ Ini gambar-gambar familyku..:)) ~~










Friday, February 01, 2013

Aku Juga Manusia

Assalamualaikum..

hey semua,, just nak share.. baca tau..



Aku dapat merasakan keseronokan berada di dunia ini. Di dalam ini aku diselaputi dengan air ketumban dan tali pusat. keadaan ini melemaskan aku. aku sudah tidak sabar untuk keluar menatap wajah ibu dan ayahku. hanya beberapa detik sahaja lagi aku akan keluar dari sini.

Detik semakin berlalu, akhirnya ibu melahirkan aku. Tetapi aku dimana? ku lihat ada seorang wanita yang menyambut kelahiran aku. wanita itu berbaju putih dan memakai sarung tangan. mungkin wanita itu adalah seorang doktor. Aku dibawa ke sebuah kolam kecil. Dua orang gadis muda memegang aku dan menyiram tubuhku. Aku mula menangis ketakutan.

selepas aku dimandikan, aku dibalut dengan sehelai kain putih "Apakah yang mereka lakukan terhadapku?"  "Aku mahukan ibuku... ibu..ibu..." aku menangis lagi. Doktor meletakkan aku dia atas katil . seorang wanita mengangkatku lalu mencium pipiku. mungkin ini adalah ibuku. tetapi kenapa ibuku menangis? "ibu aku selamat ibu..."

Aku terus menangis kerana kelaparan. Ibu memberikan aku susu badan. Sedetik kemudian, seorang lagi wanita seusia ibu membuka pintu kamar. Ibu memandang wanita itu sayu, wanita itu membisik sesuatu ke telinga ibu. Ibu bingkas bangun dan menukar pakaian. Wanita tadi mengemas-gemas pakaian ibu lalu dimasukkan ke dalam beg. "kemana wanita itu mahu membawa ibu?" ibu memandangku sayu. "ibu dimanakah ayah?"
dari tadi aku tidak melihat suami ibu. 

Ibu mengendongku dan mendakapku erat. seolah-olah ibu memberikan petanda bahawa kami tidak akan bertemu lagi. Wanita tadi membimbing beg pakaian ibu lalu membawa kami menaiki sebuah kereta. Aku dipangku oleh ibu. aku mendongak ke angkasa. Kelihatan bintik-bintik putih didada langit. Begitu jugak bola besar berwarna putih yang menyinari gelap. Mereka bersatu mencurah cahaya. sungguh indah kejadian Allah S.W.T. Aku amat bersyukur, ibu masih menatapku. Air mata ibu mengalir laju. wanita disebelah ibu menenangkanya. Aku tidak suka wanita itu. Aku dapat merasakan wanita itu mempunyai niat jahat terhadap ibu. 

Kereta yang dipandu  tiba-tiba berhenti. Aku memandang ibu dengan tanda tanya. ku lihat diluar masih gelap, hanya cahaya lampu kereta yang menerangi jalan. Wanita itu keluar mendapatkan ibu. Ibu, "kemana kita mahu pergi?" aku menangis lagi. ibu meletakkan aku di permaidani hijau. " ibu jangan tinggalkan ku......."

Ibu terus meninggalkan ku tanpa menoleh. wanita tadi terus membawa ibu pergi. "ibu-ibu mengapa kamu meninggalkanku?" aku menangis lagi. sesuatu bewarna merah menjalar ketubuhku, lalu menggigit dagingku. "ibu.. sakit ibu...ibu.. tolong aku.." aku menangis dengan kuat. "kenapa ibu meninggalkan aku sendirian? ," "apa salahku padamu ibu?"kenapa ibu meninggalkan aku" . semut-semut tadi terus menggigit telingaku. aku menangis kesakitan.


 Bintik-bintik di langit memandangku sayu. Bulan seolah-olah menangis melihat keadaanku. Aku sudah tidak berdaya lagi untuk melawan. Jika aku tahu ini akan terjadi, aku lebih rela mati didalam perut ibu daripada diperlakukan sebegini. Zalimnya ibu melakukan sebegini kepadaku. Aku semakin lemah, suaraku sudah tidak kedengaran. Aku memejam mata perlahan-lahan. Sinaran cahaya kerata menyuluh kawasan tempat aku ditinggalkan. sepasang suami isteri mendapatkan aku. Aku terus memejamkan mataku. Masaku sudah tiada. 'Ibu, terima kasihkerana bertarung nyawa untuk melahirkan aku. terima kasih juga kerana menbuang aku."



pesanan: marilah kita sama-sma menjadikan tauladan kepada kita supaya perkara sebegini tidak terjadi. Ingatlah bayi juga mempunyai perasaan. 



"Hapuskan Pembuangan Bayi"












 
Copyright lyssa Faizureen 169; . All Right Reserved by sharifah shima