Online Diary cerita tentang kita: April 2014

*

*
welcome to my blog sharifah shima

Wednesday, April 30, 2014

Selamat Datang 1 Rejab


 "Brg siapa yg memperingatkn bulan Rejab kepada saudara2 semuslimnya, maka api neraka diharamkn menyentuhnya." Sama2 kita mempertingkatkan lagi amal ibadah kita di bulan Allah ini...insyaAllah. Semoga segala ibadah diterima & diberkati Allah. Amin..

Monday, April 28, 2014

Wahai Bakal Imamku..




"Buat bakal imamku, akan ku persiapkan diriku sebelum kau menikahiku, agar tibanya saat ijab kabul itu, aku takkan memberatimu memikul dosa-dosaku, dosa auratku, dosa lidahku...

Aku mengharapkan solehmu, meskipun aku bukanlah solehah, akan ku cuba menjadi isteri solehah, penyejuk mata, pendamai hatimu agar kita sama2 mencapai mardhatillah...

Aku impikan tahajudku sebagai seorang makmum kepada seorang lelaki bernama suami. Yang ingin dibimbing itu aku." ♥


Wahai bakal imamku,
Di saat kau meminta diri ini, lihatlah agama yang ada dalam diriku.
Adakah aku layak mendidik zuriat-zuriatmu akan datang ?
Jangan kau pandang akan kecantikan luaran yang Allah anugerahkan
Kecantikan luaran ini ada pada setiap wanita
Sekiranya engkau bakal menjadi imam pada solat malamku
Bimbinglah aku menjadi yang terbaik untuk keluarga kita

Wahai bakal imamku
Aku ingin mencintaimu kerana Allah
Aku ingin menyayangimu kerana Allah
Aku ingin kau seorang yang soleh
Agar kau mampu membimbing aku menjadi solehah
Kerana aku ingin menjadi isteri yang solehah
Aku ingin menjadi tulang rusuk kiri yang teguh untukmu
Aku ingin menjadi srikandi yang sentiasa berada di sisimu

Wahai bakal imamku
Dan andai ada salahku
Tegurlah aku dengan penuh kelembutan dan kebijaksanaan
Sesungguhnya aku punya banyak kekurangan
Andai kau menerimaku seadanya
Bantulah aku untuk mencapai syurga-Nya

Friday, April 25, 2014

"Cinta Monyet Zaman Sekolah"



   CINTA MONYET . Apa tu ? Monyet pun reti bercinta ke ? Menurut bahasa tak berapa nak scientific nya cinta monyet ni adalah istilah orang orang tua terhadap monyet bila bercinta . Monyet ni kan hyperactive , suka sangat tukar tukar panjat pokok . Lebih kurang lah tu kan kan kan ?

Tengok budak-budak sekolah zaman sekarang sangat advance. Dengan ada teknologi yang makin canggih seperti internet, ipad, telefon bimbit membuatkan mereka lebih advance untuk berkawan. Kalau digunakan untuk kebaikan takpe. Tapi jangan guna kan untuk benda yang tidak berfaedah.


Tahniah My Classmate Yuyu Nini, Akhirnya cinta di zaman persekolahan telah pun berakhir dengan penikahan.. congrate dear.. cepat-cepat buat baby.. hihi..:P 



shima pun dulu ada juga cinta monyet.. first love, bercinta di usia 14 tahun hingga 16 tahun.. hampir 3 tahun.. akhirnya terpisah. Bercinta "Bagai Nak Rak" time tu sampaikan cikgu-cikgu pun tahu pasal kami. yela dia kan top student.. first class..

xde yang menarik pun banyak 'babak' air mata je.. Dia seorang yang panas baran if tersilap sikit mula la naik tangan, xtahu la kenapa shima boleh bertahan time tu.. maybe tak boleh berfikir lagi kot, yela baru nk 'up' katakan.. hihi... Tapi ada juga yang bagus dalam diri dia, bab pelajaran no satu la then bab aurat perempuan.. haa.,. yang tu memang dia jagala..

lastly bila dia dah sambung study, shima time tu form 5 kami berpisah.. sebab apa berpisah?? hmm.. sebab orang ke 3 laa.. boleh dikatakan banyak sangat la org ke 3 tu.. selebihnya, takdir.. Jodohkan rahsia Allah..

But now, i'm happy with my MR. Imigresen..
Alhamdulilah.. 
3 bulan lagi genap 2 tahun.. hope tahun ni menjadi apa yang di rancang.. Amin.. 

Ya ALLAH seandainya telah engkau catatkan dia milikku tercipta buatku, satukanlah hatinya dengan hatiku YA allah :'( titpkanlah kebahagian antara kami dihati kami agar kemesraan itu abadi.. meskipun jika jodohku orang pantai timur , selatan , utara itu adalah dariMU ya ALLAH. :)

p/s:  kepada adik-adik di luar sana, janganlah terlampau obses sangat dengan cinta monyet ni.. fokus study dulu ye.. akak dulu pun banyak silapnya, semua ini memberi pengalaman dan kematangan untuk akak maju ke hadapan. 

Thursday, April 24, 2014

Monday, April 14, 2014

Cinta Muka Buku.. Give ur Opinion..




Assalamualaikum..

Cinta Muka Buku..Give ur opinion??
btw arini shima nak buat entri pasal 'Bercinta Di Facebook ' atau 
dikenali sebagai "cinta muka buku"
macam lagu Najwa Latif tu.. hihi.. (:


okay.. shima nak share sikit la pasal cinta muka buku ni..
banyak yang kata xakan kekal, dan plastik..
sebenarnya xsemua macam tu, walaupun banyak mcm tu.. * ehh macam mana tu?? hihi.

shima ada kawan yang sudah berkhawin, kenal di facebook , just kawan.. 
adala diaorang jumpa sekali, dua.. then, lepas tu berhubung hanya
di mcj je.. tup2 dengar cerita nak khawin.. Alhamdulilah.. 
akhirnya dia dapat buktikan cinta muka buku sebenarnya bleh juga ke alam perkhawinan.
sekarang ni nak masuk dua orang anak dah.. congrate dear.. 

tapi ada juga pengalaman sendiri dan kawan-kawan..
kadang-kadang  tak boleh percaya sangat cinta muka buku ni..
banyak keburukkannya.. yang dapat elok tu mungkin dah jodoh dan takdir dia..

okay disini shima cuma nak minta Pandangan je tentang cinta muka buku ni.. 
sapa-sapa yang rajin berikan la pandangan ye.. *sharing is caring kan.. heheh (:


Saturday, April 05, 2014

Alor Star Dihujani Bunga Sakura Kedah




Ya Allah, kuar-kuar dari rumah terkejut tengok pokok-pokok di kawasan rumah aku (area alor star) cantik sangat.. dah macam pokok sakura dah.. xpayah pergi oversea dah, alor star pun dah ada.. wahhhh.. teruja nya..sekarang kan musim khawin ramai pengantin kuar beroutdoor ke kawasan bunga-bunga ni..

jom kita lihat gambar-gambar yang menarik.. 







ni di area Mergong Alor Star kedah.


Area Pendang..


Area Stadium Darulaman Alor Star

banyak lagi di kawasan alor star.. nk berselfie datanglah alor star.. hihi..:P
 
Copyright lyssa Faizureen 169; . All Right Reserved by sharifah shima