Online Diary cerita tentang kita: September 2014

*

*
welcome to my blog sharifah shima

Wednesday, September 17, 2014

HAKIKATNYA KITA TAK SEMPURNA



Setiap manusia yang Allah jadikan mempunyai 
kelebihan dan kekurangan tersendiri, 
Allah itu maha Adil, tidak dijadikan seseorang 
manusia itu hanya mempunyai kekurangan tiada 
kelebihan, dan tidak dijadikan seseorang manusia
 itu hanya mempunyai 
kelebihan tidak mempunyai kekurangan.
Ada hikmah di setiap kejadian Allah,


Pada pendapat aku, Allah jadikan manusia dengan 
kelebihan, supaya lebih terasa yakin diri dalam 
menjalani hidup sebagai hamba di muka bumi ini, 
supaya kita tak terasa terasing dengan dunia, 
manakala Allah menganugerahkan kekurangan 
diri, supaya kita tidak bermegah-megah 
dan sombong di atas dunia ini,
 supaya kita tahu hakikatnya kita hanya 
seorang manusia yang lemah,
 hanya ALLAH yang maha sempurna.

Aku manusia yang mempunyai banyak kekurangan, 
kadang-kadang disebabkan kekurangan diri ini, 
aku rasa amat rendah diri sekali.
 Sejak dua menjak ni, aku mudah mengalirkan air mata, 
mudah terhiris dengan kata-kata yang berbisa
 untuk diri aku.

Benar kata orang tua-tua, banyak ujian yang
 melanda diri apabila diri 
makin hampir ke gerbang perkahwinan, 
walaupun bukan ujian dengan bakal suami, 
ada ujian lain yang menghimpit kita. 
Alhamdullilah aku masih mengucap 
kesyukuran sekurangnya Allah tidak menguji 
aku dengan ujian bakal suamiku. 
Mungkin ada hikmahnya apabila aku jarang berhubung 
dan tidak berjumpa dengan dia.


Apabila kata-kata berbisa menghimpit aku, 
mudah benar air mata
 ini mengalir, aku tak minta kekurangan itu pada diriku. 
Aku hilang kesabaran,
 hilang pertimbangan, terasa terluka.
 Aku cuma manusia biasa yang lemah yang
 sentiasa mengharapkan bantuan 
dari ALLAH YANG MAHA KUASA.


Aku mohon maaf andai kekurangan aku ini menyusahkan 
hidup kalian, sebab aku cuma aku, 
manusia biasa yang banyak kelemahan diri 
dan tak lari dari melakukan kesilapan, 
dan aku mampu berdiri 
di dunia hanya kerana ihsan dari Allah,
 hakikatnya aku cuma 
manusia yang lemah dan hina disisi ALLAH.


YA ALLAH BERILAH AKU KEKUATAN DALAM 
MENYUSURI HARI-HARI MENDATANG, 
HANYA PADA ENGKAU AKU DATANG
 DAN PADA KAU AKU KEMBALI, TERKADANG 
AKU MERASA AMAT LEMAH, 
TERLALU LEMAH, ALLAH AMPUNILAH 
AKU DENGAN KEKURANGAN KU INI.

                                          ROBI YASIR WALA TUASIR
 
Copyright lyssa Faizureen 169; . All Right Reserved by sharifah shima