Online Diary cerita tentang kita: March 2013

*

*
welcome to my blog sharifah shima

Wednesday, March 27, 2013

Wanita Solehah, Wanita Sejati







Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.
Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah." (HR Muslim)
Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Dan sebaik-baik wanita ialah mereka yang boleh mengembirakan engkau apabila kamu melihatnya, dan yang mentaati kamu apabila kamu menyuruhnya, dan dia memelihara maruah dirinya dan harta engkau ketika ketiadaanmu." (HR Nasa'i, Baihaqi, Ahmad dan al-Hakim)
"Wanita solehah itu lebih baik dari bidadari syurga. Dan isteri solehah itu akan menjadi ketua bagi bidadari bidadari syurga. kamu mahu menjadi solehah?" soal ustazah sewaktu minggu orentasi. Sewaktu saya mula menjejak kaki ke halaman maahad yang permai.
"Nak..!!"  jawab kami.
Ustazah tersenyum.
"Kalau macam tu, usahalah jaga akhlak kamu. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya : Masuklah kamu ke dalam syurga dari pintu mana saja yang kamu suka." (HR Ahmad)
"InsyaAllah ustazah..!"
Kini saya dah dewasa. Bukan lagi murid tingkatan satu dahulu. Mungkin cita-cita untuk menjadi seorang doktor tak kesampaian. Namun cita-cita sebagai seorang wanita solehah tetap hidup dalam diri. Kalau dulu saya hanya mengangguk kalau ada yang berpesan
"Nanti kamu jadi anak yang solehah ya. Yang sentiasa mendoakan kedua ibu bapanya"
Solehah yang ku hadam sebagai perempuan yang baik. mudah saja. ^^
Hari ini saya melihat dunia. Dunia realiti dan sebenar. Manalah perempuan yang baik itu. Susah untuk ketemu. Saya yang rasa dan pendam sendiri. Untuk menjaga hubungan antara lelaki dan perempuan. Untuk menjaga aurat. Untuk menjaga iman dan akal hati. Kadang kadang saya menangis sendiri.
"Ya Allah susahnya mahu jadi solehah. Bertalu-talu aku diuji."
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23 : 
"Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang mampu memberinya petunjuk setelah Allah (membiarkannya sesat)? Mengapa kamu tidak mengambil pengajaran?"
Ku sapu air mata. Takut kalau Allah mengunci hati. Ahh.. Itu hanya mehnah kecil. Sedangkan Sumayyah diuji imannya dengan ujian yang maha dahsyat! Kan wanita solehah itu kuat jiwanya! Teguh azamnya!
"Seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata. Wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil, tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik."
Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona, tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya, tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.
Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan. Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa, tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran.
Ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.
Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda. Muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana dia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul.
Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang dia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana dia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada Tuhannya, dan dia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi.
Solehah bukan lah mudah. Namun ia bukanlah mustahil. Selagi menjaga ibadah, menjaga kehormatan dan taat kepada suami.
Abu Hurairah meriwayatkan, Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Apabila mati seorang anak Adam itu maka terhentilah amalnya kecuali 3 perkara :- Sedekah yang berjalan terus (sedekah amal jariah), ilmu yang berguna dan terus diamalkan dan anak soleh yang mendoakannya."

Tuesday, March 26, 2013

Nak Yang Mana??






Ramai lelaki yang mengakui diri mereka terpedaya dengan cinta perempuan.. Ada ketika mereka berasakan cinta yang disemai tidak berbaloi kerana cinta yang mereka lihat itu cuma indah pada luaran saja. Daya tarikan fizikal dianggap sebagai muslihat terhebat yang dimiliki oleh perempuan untuk mengoda lelaki. sejauh itu kn pandangan lelaki.. ? eh.. korang silap la, jangan kata perempuan saja pandai bergosip lelaki pun sama je kan .. *haa.. ngaku cepat.. hehe..

  Ada 12 gelaran untuk perempuan yang lelaki tidak suka.. jom kita tengok..:))

1) Miss Feminist

hah.. Perempuan begini memang digeruni lelaki. semangat yang feminisme mereka amat tinggi sehingga menakutkan lelaki. Mereka sanggup berjuang berhabis-habisan untuk mendapatkan hak sama rata lelaki dan perempuan walaupun terpaksa melangkaui batas budaya dan agama. Dalam fikiran mereka, setiap perkara yang dilakukan harus membuktikan ianya lebis bagus menandingi kemampuan lelaki.

2) Miss Take

Miss Take ni sanggup buat apa sahaja untuk mengoda lelaki demi wang ringgit. Tiada yang lebih membahagiakan mereka melainkan poket yang tebal dengan duit. 

3) Miss Romance

Mereka yang dilabel begini adalah perempuan yang hidup dalam fantasi. Mereka mungkin perempuan yang mampu menghafal plot, tajuk, dan pelakon filem sama ada klasik atau yang baru.Mereka mampu tenggelam dalam dunia hayalan. Paling meletihkan lelaki kalau perempuan Miss Romance ini sentiasa mengharapkan kejutan, coklat,bunga atau makan malam dibawah cahaya lilin! sesekali tak mengapa, namun kalau setiap bulan tentu parah si dia.. *kesian-kesian.. hehe


4)Miss illusi

Sering dikecewakan. segala kelukaan silam menyebabkan Miss Ilusi kini amat berhati-hati apabila menjalinkan hubungan dengan lelaki. kedang-kadang miss illusi sukar difahami. miss illusi jugak sukar membuat perbandingan dan tetap menyimpan 60% kepercayaannya untuk diri sendiri.Apabila menyedari ada lelaki yg benar-benar mencintainya, dia akan meninggalkan
jejaka itu dengan seribu misteri. Dikalangan lelaki pasti akan berpesan "save youself some heartache don't get involved with her!"

5) Miss Angry

haa.. ini gelaran bagi perempuan yang panas baran.Gadis sebegini mungkin ada trauma tersendiri dengan lelaki kepercayaanya dan mungkin jugak lahir dari keluarga yang kucai kacir.semua ini mempengaruhi tahap kebencian dan kemarahan gadis kepada lelaki. dalam fikiran mereka tiada Mr. Nice Guy. Hanya masa dan sikap tulus lelaki mampu merubahnya.

6) Miss Insecure

Perempuan begini selalu berusaha gigih menyerlahkan kehebatan diri apabila mendampingi lelaki. segala ciri gadis idaman dapat ditunjukkan pada lelaki yang bakal mengasihinya. Selain itu mereka juga kurang  keyakinan diri. Dia tidak pernah mampu hidup dengan tenang kerana apa yang dilakukannya penuh dengan ketakutan.

7) Miss Bitch

Ini gelaran terburuk yang diberi oleh lelaki pada gadis yg dibenci mereka. perempuan begini mungkin cantik dan tutur kata hebat dan mampu memukau dan mencairkan lelaki. Namun, sekali cinta sudah berada di hujung jari, si gadis ini sanggup mengeluarkan taring dan kuku, mencekam lelaki hingga tidak mahu dilepaskan.Bagi gadis begini cinta tidak mengenyangkan perut.. cinta harus diiringi dengan wang ringgit yang dianggap boleh menjamin masa depan.gadis ini juga tidak akan teragak-agak menyingkirkan setiap insan yg cuba mendekati kekasihnya. Budi bahasa dan sopan tidak penting bagi gadis ini.

8) Miss Me

Ada yg menyebut gadis ini anak manja papa. Gadis sebegini akan merimaskan lelaki. Dia hanya memikirkan tumpuan, kasih sayang dan perhatian mesti dilimpahkan pada dirinya saja. Dia tidak boleh berkongsi kasih walaupun dengan emak,ayah atau keluarga terdekat kekasihnya. Bagi dirinya cinta mestilah perhatian, kemanjaan serta kemewahan yg tidak berbelah bagi untuknya. 

9) Miss Desperate

Gelaran ini diberikan kepada perempuan yang sudah tidak sabar hendak berkhawin.kalau boleh sebaik sahaja kata sayang dia mahu berkhawin sekarang juga. Bagi perempuan begini dia tidak kisah latar diri atau kisah silam si lelaki, yg penting lelaki bererti peluang keemasan baginya untuk bergelar isteri.

10) Miss Turncoat

Ini kisah perempuan yg sanggup memperdaya lelaki dgn segala muslihat demi mendapatkan cinta lelaki. selalunya wanita sebegini sanggup melakukan apa sahaja demi menggembirakan lelaki. Gadis ini hanya membawa khabar indah untuk lelaki pujaannya. Namun semuanya adalah palsu belaka apabila sudah menjadi isteri. setelah bergelar isteri, si gadis yg selama ini dianggap Sweet Little Girl boleh berubah menjadi si Isteri Gorila! Dia akan menjadi gadis yg meminta-minta dan lelaki harus patuh pada segala keinginannya.

11) Miss Tease

Perangai wanita yg digelar Miss Tease boleh di kesan dari jarak jauh. mengapa tidak.. wanita sebegini mudah menggoda lelaki tanpa memikirkan kesan jangka panjang. Walaupun lelaki itu sudah botak, boroi dia tidak kisah asalkan dia dapat apa yang dia inginkan. 

12) Miss Controlling

Perempuan begini memang turut dielak oleh lelaki. selain itu, wanita sebegini sanggup menengking, merampas kunci kereta, menyekat wang gajinya ataupun menghukum diatas sebarang kehendaknya yg tidak diikuti. selain itu, Miss Controlling juga selalu nak menang dan merasakan apa yang mereka lakukan itu adalah betul. 

Friday, March 22, 2013

Kekuatan wanita emosional






Apakah anda seorang wanita emosional? kalau begitu hakikatnya, janganlah terlalu bersedih dan berkabung semata-mata putus cinta.. (kekadang aku pun macam 2 gak.. huk aloh..)
masih byk lagi perkara yg boleh dilakukan. Menurut penulis buku Sexual Style- The Secret Compatibility Sarah Litvinoff, wanita yg emosional adalah wanita yang istimewa untuk dikasihi.. 

Pesanan kepada lelaki, jika anda mempunyai kekasih yang emosional, layanilah mereka dengan penuh kasih sayang kerana dalam kelembutan lelaki itulah, wanita emosional mampu memberikan segala nilai yang tulus, yang selama ini terpendam dalam dirinya demi sebuah perhubungan yang berkekalan. 

selain itu, wanita emosional ini jugak amat tegas pendirianya. Biarpun ada kalanya mudah merajuk, menangis apabila perasaanya tersentuh, namun wanita begini tidak teragak-agak menzahirkan perasaan cintanya terhadap pasangan. kalau ditakdirkan wanita ini berpisah bertahun-tahun dgn pasangan nya , dia akan setia menanti. 

waniat emosional mampu membaca perasaan insan lain. sama ada di sekelilingnya berasa kecewa, ataupun bahagia. wanita sebegini berupaya membuat tekaan yang tepat.cuma ada detik yg tertentu, wanita emosional ini tidak begitu yakin pada diri sendiri. malah, kelompok wanita ini juga sering berasa rendah diri dan terpencil apabila berada di khalayak ramai. ( tetapi tidak semua begitu..) 

kaya perasaan, murah air mata dan memiliki sekeping hati yang amat perasa, menyebabkan ada ketikanya wanita sebegini sangat sensitif. hanya orang yang benar-benar memahami boleh menjadi akrab dengan mereka..









Wednesday, March 20, 2013

Hidup Penuh Dugaan









Setiap manusia ada kelemahan dan kekurangan. kekadang kita sebagai manusia ni terlupa tugasan dan tanggungjawab yang telah di amanahkan oleh ALLAH kepada kita. Aku sendiri ada kelemahan yang aku sendiri tak nampak atau terlupa atau tidak sedar... sebagai manusia kita mesti ingat mengigati supaya kita tidak alpa dengan kehidupan yang sedia ada..



Doa Memohon Kesabaran





Ya Allah Ya Tuhanku,mohon bimbinganMu agar aku selalu sabar menghadapi cobaan yang Engkau berikan..ajarku untuk selalu mendapatkan hikmah atas segala persoalan yang ada dalam hidupku..

Ya Allah,Kau yang Maha Mengetahui..Aku memohon padaMu bimbinglah aku menuju jalanMu agar aku tidak buta akan hal-hal yang hanya membuat diriku bahagia tanpa melihat dari sisi orang lain..bukalah mataku akan hal yang benar untukku dan yang buruk bagiku...Kuserahkan semuanya pada kuasaMu Ya Allah..






Tuesday, March 19, 2013

show me the right paith Ya Allah ....






~✿ Bila kita memang dijodohkan, apapun halangannya kita pasti akan disatukan dlm pernikahan. 
Namun bila memang kita tidak dijodohkan, apapun usaha pastikan tiada hasilnya ✿~


>>> Ya ALLAH, ajarkan kami mencintai dgn sederhana, ajarkan kami agar lebih pandai memendam cinta, ajarkan kami untuk lebih mencintai-Mu dan kekasih-Mu. 


>>>Ya ALLAH, jagalah kami dari dosa dunia, jagalah dia dari dosa cinta, aku mencintainya kerana-Mu, aku pun rela melepaskannya apabila Engkau kehendaki dan gantikanlah yg terbaik menurut kehendak Engkau ya ALLAH..(✿◠‿◠)


 
Copyright lyssa Faizureen 169; . All Right Reserved by sharifah shima