Online Diary cerita tentang kita: Kekuatan wanita emosional

*

*
welcome to my blog sharifah shima

Friday, March 22, 2013

Kekuatan wanita emosional






Apakah anda seorang wanita emosional? kalau begitu hakikatnya, janganlah terlalu bersedih dan berkabung semata-mata putus cinta.. (kekadang aku pun macam 2 gak.. huk aloh..)
masih byk lagi perkara yg boleh dilakukan. Menurut penulis buku Sexual Style- The Secret Compatibility Sarah Litvinoff, wanita yg emosional adalah wanita yang istimewa untuk dikasihi.. 

Pesanan kepada lelaki, jika anda mempunyai kekasih yang emosional, layanilah mereka dengan penuh kasih sayang kerana dalam kelembutan lelaki itulah, wanita emosional mampu memberikan segala nilai yang tulus, yang selama ini terpendam dalam dirinya demi sebuah perhubungan yang berkekalan. 

selain itu, wanita emosional ini jugak amat tegas pendirianya. Biarpun ada kalanya mudah merajuk, menangis apabila perasaanya tersentuh, namun wanita begini tidak teragak-agak menzahirkan perasaan cintanya terhadap pasangan. kalau ditakdirkan wanita ini berpisah bertahun-tahun dgn pasangan nya , dia akan setia menanti. 

waniat emosional mampu membaca perasaan insan lain. sama ada di sekelilingnya berasa kecewa, ataupun bahagia. wanita sebegini berupaya membuat tekaan yang tepat.cuma ada detik yg tertentu, wanita emosional ini tidak begitu yakin pada diri sendiri. malah, kelompok wanita ini juga sering berasa rendah diri dan terpencil apabila berada di khalayak ramai. ( tetapi tidak semua begitu..) 

kaya perasaan, murah air mata dan memiliki sekeping hati yang amat perasa, menyebabkan ada ketikanya wanita sebegini sangat sensitif. hanya orang yang benar-benar memahami boleh menjadi akrab dengan mereka..









Post a Comment
 
Copyright lyssa Faizureen 169; . All Right Reserved by sharifah shima