Online Diary cerita tentang kita: Nak Yang Mana??

*

*
welcome to my blog sharifah shima

Tuesday, March 26, 2013

Nak Yang Mana??






Ramai lelaki yang mengakui diri mereka terpedaya dengan cinta perempuan.. Ada ketika mereka berasakan cinta yang disemai tidak berbaloi kerana cinta yang mereka lihat itu cuma indah pada luaran saja. Daya tarikan fizikal dianggap sebagai muslihat terhebat yang dimiliki oleh perempuan untuk mengoda lelaki. sejauh itu kn pandangan lelaki.. ? eh.. korang silap la, jangan kata perempuan saja pandai bergosip lelaki pun sama je kan .. *haa.. ngaku cepat.. hehe..

  Ada 12 gelaran untuk perempuan yang lelaki tidak suka.. jom kita tengok..:))

1) Miss Feminist

hah.. Perempuan begini memang digeruni lelaki. semangat yang feminisme mereka amat tinggi sehingga menakutkan lelaki. Mereka sanggup berjuang berhabis-habisan untuk mendapatkan hak sama rata lelaki dan perempuan walaupun terpaksa melangkaui batas budaya dan agama. Dalam fikiran mereka, setiap perkara yang dilakukan harus membuktikan ianya lebis bagus menandingi kemampuan lelaki.

2) Miss Take

Miss Take ni sanggup buat apa sahaja untuk mengoda lelaki demi wang ringgit. Tiada yang lebih membahagiakan mereka melainkan poket yang tebal dengan duit. 

3) Miss Romance

Mereka yang dilabel begini adalah perempuan yang hidup dalam fantasi. Mereka mungkin perempuan yang mampu menghafal plot, tajuk, dan pelakon filem sama ada klasik atau yang baru.Mereka mampu tenggelam dalam dunia hayalan. Paling meletihkan lelaki kalau perempuan Miss Romance ini sentiasa mengharapkan kejutan, coklat,bunga atau makan malam dibawah cahaya lilin! sesekali tak mengapa, namun kalau setiap bulan tentu parah si dia.. *kesian-kesian.. hehe


4)Miss illusi

Sering dikecewakan. segala kelukaan silam menyebabkan Miss Ilusi kini amat berhati-hati apabila menjalinkan hubungan dengan lelaki. kedang-kadang miss illusi sukar difahami. miss illusi jugak sukar membuat perbandingan dan tetap menyimpan 60% kepercayaannya untuk diri sendiri.Apabila menyedari ada lelaki yg benar-benar mencintainya, dia akan meninggalkan
jejaka itu dengan seribu misteri. Dikalangan lelaki pasti akan berpesan "save youself some heartache don't get involved with her!"

5) Miss Angry

haa.. ini gelaran bagi perempuan yang panas baran.Gadis sebegini mungkin ada trauma tersendiri dengan lelaki kepercayaanya dan mungkin jugak lahir dari keluarga yang kucai kacir.semua ini mempengaruhi tahap kebencian dan kemarahan gadis kepada lelaki. dalam fikiran mereka tiada Mr. Nice Guy. Hanya masa dan sikap tulus lelaki mampu merubahnya.

6) Miss Insecure

Perempuan begini selalu berusaha gigih menyerlahkan kehebatan diri apabila mendampingi lelaki. segala ciri gadis idaman dapat ditunjukkan pada lelaki yang bakal mengasihinya. Selain itu mereka juga kurang  keyakinan diri. Dia tidak pernah mampu hidup dengan tenang kerana apa yang dilakukannya penuh dengan ketakutan.

7) Miss Bitch

Ini gelaran terburuk yang diberi oleh lelaki pada gadis yg dibenci mereka. perempuan begini mungkin cantik dan tutur kata hebat dan mampu memukau dan mencairkan lelaki. Namun, sekali cinta sudah berada di hujung jari, si gadis ini sanggup mengeluarkan taring dan kuku, mencekam lelaki hingga tidak mahu dilepaskan.Bagi gadis begini cinta tidak mengenyangkan perut.. cinta harus diiringi dengan wang ringgit yang dianggap boleh menjamin masa depan.gadis ini juga tidak akan teragak-agak menyingkirkan setiap insan yg cuba mendekati kekasihnya. Budi bahasa dan sopan tidak penting bagi gadis ini.

8) Miss Me

Ada yg menyebut gadis ini anak manja papa. Gadis sebegini akan merimaskan lelaki. Dia hanya memikirkan tumpuan, kasih sayang dan perhatian mesti dilimpahkan pada dirinya saja. Dia tidak boleh berkongsi kasih walaupun dengan emak,ayah atau keluarga terdekat kekasihnya. Bagi dirinya cinta mestilah perhatian, kemanjaan serta kemewahan yg tidak berbelah bagi untuknya. 

9) Miss Desperate

Gelaran ini diberikan kepada perempuan yang sudah tidak sabar hendak berkhawin.kalau boleh sebaik sahaja kata sayang dia mahu berkhawin sekarang juga. Bagi perempuan begini dia tidak kisah latar diri atau kisah silam si lelaki, yg penting lelaki bererti peluang keemasan baginya untuk bergelar isteri.

10) Miss Turncoat

Ini kisah perempuan yg sanggup memperdaya lelaki dgn segala muslihat demi mendapatkan cinta lelaki. selalunya wanita sebegini sanggup melakukan apa sahaja demi menggembirakan lelaki. Gadis ini hanya membawa khabar indah untuk lelaki pujaannya. Namun semuanya adalah palsu belaka apabila sudah menjadi isteri. setelah bergelar isteri, si gadis yg selama ini dianggap Sweet Little Girl boleh berubah menjadi si Isteri Gorila! Dia akan menjadi gadis yg meminta-minta dan lelaki harus patuh pada segala keinginannya.

11) Miss Tease

Perangai wanita yg digelar Miss Tease boleh di kesan dari jarak jauh. mengapa tidak.. wanita sebegini mudah menggoda lelaki tanpa memikirkan kesan jangka panjang. Walaupun lelaki itu sudah botak, boroi dia tidak kisah asalkan dia dapat apa yang dia inginkan. 

12) Miss Controlling

Perempuan begini memang turut dielak oleh lelaki. selain itu, wanita sebegini sanggup menengking, merampas kunci kereta, menyekat wang gajinya ataupun menghukum diatas sebarang kehendaknya yg tidak diikuti. selain itu, Miss Controlling juga selalu nak menang dan merasakan apa yang mereka lakukan itu adalah betul. 

No comments:

 
Copyright lyssa Faizureen 169; . All Right Reserved by sharifah shima