Online Diary cerita tentang kita: April 2013

*

*
welcome to my blog sharifah shima

Monday, April 15, 2013

Ciptaan Allah bernama WANITA=)







Malaikat menghadap Allah dan bertanya : "Ya Allah, mengapa memerlukan waktu untuk menciptakan wanita ini..?"

Allah menjawab :

"Apakah kamu memperhatikan seluruh keistimewaan dan seluruh sifat yang ada pada ciptaan-Ku ini? Ciptaan ini harus memiliki lebih dari 200 organ yang selalu bergerak agar bisa menjalankan semua tugasnya. Ciptaan ini kelak harus mampu melayani suaminya, menjaga harta keluarga dan menjadi ratu di rumah tinggalnya. Ciptaan ini kelak harus mampu membuat enak segala macam makanan yang dihidangkan. Dia harus kuat mengandung anak dan sanggup melahirkan berkali-kali. Dia harus memberikan cinta yang bisa menyembuhkan rasa sakit. Dia harus bisa melakukan segala sesuatu hanya dengan 2 tangannya."

Malaikat terkejut dan berkata : "Hanya dengan 2 tangan… 2 tangan! ini adalah hal yang mustahil..."

Allah terus melanjutkan ciptaan-Nya. lalu kepada malaikat, Allah berfirman :

"Tunggulah sampai besok aku akan menyelesaikan semuanya. Tunggulah sebentar ! Ciptaan ini akan segera selesai. Dia ini akan selalu dekat dengan Aku. Dia bisa menyembuhkan dirinya saat jatuh sakit. Dia bisa bekerja sepanjang hari dan malam..."

Malaikat mendekati wanita yang sudah tercipta dan memegangnya, lalu bertanya kepada Allah : "Ya Allah, Engkau jadikan wanita ini sangat lembut!"

Allah menjawab :

"Ya, sesungguhnya dia sangat lembut, tetapi Aku jadikan dia sangat kuat. Kamu tidak bisa menggambarkan sampai dimana kekuatannya, dia mampu menanggung beban dan menahan diri untuk bersabar."

Malaikat bertanya: "Apakah dia bisa berpikir?"

Allah menjawab :

"Tidak hanya berpikir, dia pandai mengambil hati dan pandai berbicara, dia bisa berdialog dan juga bisa berdebat."

Malaikat memegang pipi wanita itu dan merasa asing, kemudian bertanya kepada Allah :"Ya Allah mengapa pipinya ranum dan berkilau..?"

Allah menjawab :

"Pipi itu bukan semata ranum dan berkilau. Di situ tersimpan air mata… dan di situ terletak banyak beban berat."

Malaikat bertanya : "Kenapa mengalirkan air mata?

Allah menjawab :

"Air mata adalah satu-satunya cara melepaskan beban. Mengalirnya air mata adalah cara untuk mengungkapkan kesedihan, ketidaksenangan, pengaduan, kekecewaan, cinta, kebencian, kerinduan, kesendirian, kebahagian dan segala macam rasa yang ada dalam dirinya..

#Subhanallah. Indahnya ciptaanNYA :')









Saturday, April 13, 2013

MashaAllah !!








Khidmat Masyarakat (SILA SHARE)


Muhammad Haidar Bin Zahidi di lahirkan pada 3/1/2013 ( 3bulan) merupakan bayi comel yang dilahirkan normal. Menurut bapanya Zahidi Azhar, anaknya menghidap kanser mata di mana mata sebelah kanan tidak boleh lagi digunakan terpaksa di buang melalui pembedahan manakala mata kiri kini telah menghampiri stage 3 kanser.

Bapanya memohon semua warga Malaysia yang prihatin berdoa agar anaknya cepat sembuh bagi menghadapi kimoterapi pada 1/5/2013 ini di Hospital Kuala Lumpur .

Sekiranya anda ingin menghulurkan bantuan sila hubungi En. Zahidi Azhar di talian 0125574577 No. Akaun CIMB 0722-0015302-529 dan sekiranya anda ingin melawat anaknya yang baru sahaja dibenarkan pulang dari hospital, bolehlah ke 279-5-7 lorong tampin 10150 Georgetown Penang.


Friday, April 12, 2013

smile!!





hey.. lamanya tak update blog.. aargghh rindunya..:))

jom kita sama2 mulakan hari dengan senyuman..:)



*smile*walau di banjiri air mata,perjuangan harus diteruskan,
keperitan bukan halangan untuk terus melangkah...
jika tersungkur bukan bermakna putus asa,
semangat terus kuat,untuk bangun dan terus melangkah...
Dan...terus melangkah...demi mengejar sebuah impian......

*yup* *smile*"ambillah waktu untuk berfikir,
 itu adalah sumber kekuatan, ambillah waktu untuk bermain,
 itu adalah rahsia dr ms muda yg abadi, ambillah waktu untk brdoa,
 itu adalah sumber ketenangan, ambillah waktu untk belajar,

 itu adalah sumber kebijaksanaan, ambillah waktu untk bersahabat,
 itu adalah jalan menuju kebhgiaan, ambillah waku untk bekerja, i
tu adalah nilai keberhasilan, ambillah waktu untk beramal,
 itu adalah kunci menuju ke syurga..."*yup* *smile*"

Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, 
kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, 
semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi 
dalam keadaan sedar atau tidak."*yup* 




0



Tuesday, April 02, 2013

Wanita Cantik





Siapa Wanita Cantik? Wanita cantik ialah:

1.Melukis kekuatan melalui masalah
2.Tersenyum saat tertekan
3.Tertawa saat hati sedang menangis
4.Tabah di saat terhina
5.Mempersona kerana memaafkan
6.Mengasihi tanpa balasan
7.Bertambah kuat dalam doa & pengharapan Ilahi…

Ya Allah… Walaupun aku tidak cantik dimata manusia, cukuplah sekadar cantik dihadapan-MU ^__^



Monday, April 01, 2013

Nikah Gantung..






Apa Itu Nikah Gantung?



Nikah gantung (atau dalam Bahasa Arab disebut Nikah Khitbah) sebenarnya bermaksud pernikahan di mana pasangan pengantin tidak duduk serumah dalam satu-satu tempoh yang ditetapkan hasil persetujuan bersama kedua-dua belah pihak. Tanggungjawab pemberian nafkah oleh suami kepada isteri juga diringankan dan boleh dilepaskan.


Dalam kata lain, majlis akad nikah diadakan terlebih dahulu tapi majlis kenduri kahwin (walimatul urus) diadakan kemudian. Penangguhan majlis kenduri kahwin tersebut boleh hingga menjangkau tempoh bertahun-tahun lamanya.

Akan tetapi rukun-rukun perkahwinan seperti biasa perlu diikuti iaitu perlu ada suami, isteri, wali, saksi dan akad (Ijab Qabul). Tidak ketinggalan juga maskahwin pun perlu dibayar. Untuk hantaran boleh ditanggunhkan dulu.

Sebab-sebab biasa nikah gantung ini dibuat adalah seperti:

Suami masih tidak mampu menyara sepenuhnya kos hidup isteri seperti rumah sewa, pakaian dan sebagainya.
Pasangan masih lagi menuntut dan masih belajar.
Belum bersedia memberi komitmen sepenuhnya dalam menunaikan tanggungjawab berumahtangga.

Setelah majlis akad nikah berlangsung, kedua-dua pasangan perlu tinggal secara berasingan sehingga benar-benar bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri. Pada kebiasaannya pasangan ini akan tinggal di rumah ibubapa masing-masing.



Tujuan utama nikah gantung ini dilakukan ialah bagi mengelakkan berlakunya penzinaan dan kelahiran anak luar nikah. Setelah kedua-dua pasangan ini melalui nikah gantung, mereka boleh bertemu, berdating, dan bermesra. Malah jika melakukan seks pun hingga melahirkan anak ianya tidak salah dan tidak haram. Anak yang mereka lahirkan itu adalah sah hukumnya.

Walaupun mereka nikah gantung, mereka adalah pasangan suami-isteri yang sah di sisi agama Islam dan undang-undang Kerajaan Malaysia.
Dari sini anda dapat lihat bahawa kesucian institusi kekeluargaan itu dapat terus dipelahara. Si gadis yang hamil dalam tempoh nikah gantung tidak perlu berasa panik dan gerun oleh kerana anak yang dikandung adalah sah. Dengan ini kes-kes dan isu pembuangan bayi tidak akan berlaku.

Di sinilah anda boleh lihat bahawa ajaran Islam itu amatlah mudah dan mampu meringankan umatnya dalam menjalani kehidupan seharian.

Semoga dengan perkongsian ini memberi manfaat buat anda.

 
Copyright lyssa Faizureen 169; . All Right Reserved by sharifah shima