Online Diary cerita tentang kita: Wahai Bakal Imamku..

*

*
welcome to my blog sharifah shima

Monday, April 28, 2014

Wahai Bakal Imamku..




"Buat bakal imamku, akan ku persiapkan diriku sebelum kau menikahiku, agar tibanya saat ijab kabul itu, aku takkan memberatimu memikul dosa-dosaku, dosa auratku, dosa lidahku...

Aku mengharapkan solehmu, meskipun aku bukanlah solehah, akan ku cuba menjadi isteri solehah, penyejuk mata, pendamai hatimu agar kita sama2 mencapai mardhatillah...

Aku impikan tahajudku sebagai seorang makmum kepada seorang lelaki bernama suami. Yang ingin dibimbing itu aku." ♥


Wahai bakal imamku,
Di saat kau meminta diri ini, lihatlah agama yang ada dalam diriku.
Adakah aku layak mendidik zuriat-zuriatmu akan datang ?
Jangan kau pandang akan kecantikan luaran yang Allah anugerahkan
Kecantikan luaran ini ada pada setiap wanita
Sekiranya engkau bakal menjadi imam pada solat malamku
Bimbinglah aku menjadi yang terbaik untuk keluarga kita

Wahai bakal imamku
Aku ingin mencintaimu kerana Allah
Aku ingin menyayangimu kerana Allah
Aku ingin kau seorang yang soleh
Agar kau mampu membimbing aku menjadi solehah
Kerana aku ingin menjadi isteri yang solehah
Aku ingin menjadi tulang rusuk kiri yang teguh untukmu
Aku ingin menjadi srikandi yang sentiasa berada di sisimu

Wahai bakal imamku
Dan andai ada salahku
Tegurlah aku dengan penuh kelembutan dan kebijaksanaan
Sesungguhnya aku punya banyak kekurangan
Andai kau menerimaku seadanya
Bantulah aku untuk mencapai syurga-Nya

No comments:

 
Copyright lyssa Faizureen 169; . All Right Reserved by sharifah shima