Online Diary cerita tentang kita: Dunia Universiti

*

*
welcome to my blog sharifah shima

Thursday, January 31, 2013

Dunia Universiti


Assalamualaikum....

Dunia Universiti... hmm.. memang best.. tapi bukanlah satu perkara yang amat mudah seperti yang sering kita fikirkan. setiap individu yang menjejak kaki ke universiti adalah untuk berjuang demi masa depan bak kata pepatah 'kalau tidak dipecahkan ruyung.manakan dapat sagunya..' 

pengajaran dan pembelajaran di universiti berbeza sama sekali dengan pembelajaran di sekolah.. di sekolah semua info dan nota-nota semuanya diberikan oleh guru tetapi di universiti semuanya bergantung pada diri sendiri.. bagusla dapat mengajar kita erti berdikari. selain itu kita jugak dapat merapatkan ukhuwah dan silaturrahim tanpa mengira bangsa dan warna kulit. ini kerana kita membawa impian,harapan dan matlamat yang sama iaitu untuk mengenggam segulung ijazah dan berusaha memjadi pelajar,anak dan masyarakat yang cemerlang.

sesetengah orang selalu berfikir masuk u nak enjoy.. cari boyfriend.. sebagai contoh salah seorang budak yang aku kenal masuk u hanya nak lari dari rumah.. bosan dan boring katanya.. pelik.. aku sangat pelik dengan dia.. tidak kah dia berfikir bertapa susahnya ibubapa  yang mengeluarkan duit untuk memberi pembelajaran terhadap anaknya? sejahat-jahat aku, seburuk-buruk aku, aku masih boleh berfikir bertapa susahnya seorang ibubapa bersusah payah membesarkan kita dan memberi pembelajaran terhadap kita.. if ibubapa kita banyak duit sekalipun takkan la sanggup fail.. memang la pointer dapat sebanyak mana sekalipun kita still dpat diploma/ijazah tapi tidakkah kita berfikir if ada diploma sekalipun tetapi tidak berkualiti tidak berguna jugak..hmm.. aku pun kadang-kadang terpikir dan semua ni memberi pengajaran dan semangat kepada aku untuk terus berjuang..

kepada kawan aku itu berubah la ingat la masa depan.. tidak ada manusia yang sempurna. aku pun bukan manusia yang sempurna banyak benda yang perlu aku berlajar dan berubah.. adakah kita hanay perlu mendongak langit tanpa ada usaha untuk mengubah nasib? kehidupan kita semakin mencabar,taraf hidup tinggi malah perkerjaan sekarang susah sangat nak dicari dan memerlukan kelayakkan yang tinggi dan berkualiti. oleh itu.. marilah kita sama-sama bangun , bukakan mata dan capai impian kita sampai kita ke puncak kejayaan di dunia dan di akhirat..
























2 comments:

izyan said...

sudah diberi peluang jgn sekali sia-siakan..gud luck study!!:)

Unknown said...

yaya.. thanks ya..

 
Copyright lyssa Faizureen 169; . All Right Reserved by sharifah shima