Online Diary cerita tentang kita: Dugaan Hidup

*

*
welcome to my blog sharifah shima

Tuesday, January 29, 2013

Dugaan Hidup

       Assalamualaikum..


Entah mengapa hari ini sangat sedih,sebak, pilu bila memikirkan keadaan sahabat baik ku sendiri yang sekarang sedang berada di kl untuk mengubat penyakitnya..aku sangat sayang kawan-kawan aku sampaikan aku sendiri yang merasa sebak. tidak dapat nak dibayangkan sekiranya aku menjadi sepertinya.. tabahkah aku?? dia seorang yang tabah.. mimik muka dia tak pernah menunjukan dia sedang sakit.. aku kagum dengan dia. walaupun hati dia tengah sedih tetapi wajah dia sentiasa senyum dan ceria.. hanya rakan-rakan yang rapat saja yang mengetahui..


tengah hari tadi aku boring sangat,, aku on fb dan aku pun usha la cket fb dia.. terjumpa gambar dia terlantar di hospital time 2011.. ya Allah sebak jugak aku time 2.. sedih sangat bila kawan-kawan aku sakit-sakit.. ntah la.. bila orang yang aku sayang sedang sakit ke pe ke.. aku mesti akan terasa jugak.. aku asyik terpikir.. aku berharap sanagt dia sembuh.. kalau boleh aku tak nak lagi kehilangan orang yang aku sayang .. sudah banyak orang yang aku sayang telah pergi.. tetapi aku tidak ada hak untuk menghalang ketentuan Allah.. Allah Mahu Berkuasa..aku redha.. 
kepada Liya ( http://www.facebook.com/alya.atiza) kuatkan semangat ya.. semua ni dugaan dari Allah.. berjuang ya.. kami semua sangat sayangkan lia.. 
take note:


Allah berfirman bermaksud: Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.(Surah al-Anbiya, ayat 35)

Sekiranya kita boleh bersabar dan redha, maka itulah ganjaran pahala untuk kita. Sebaliknya kalau kita tidak boleh bersabar dan tidak redha, malah merungut-rungut, mengeluh dan memberontak, hanya akan menambahkan lagi dosa kita

Sekiranya kita telah dihukum di dunia lagi, kita patut bersyukur kerana apabila kembali ke akhirat, kita telah bersih daripada dosa.

Adakalanya, kita ditimpakan kesempitan hidup. Sengaja Allah takdirkan demikian kerana Allah sayang pada kita. Allah hendak melatih kita menjadi orang yang bersabar dan redha dengan takdirnya.




 Ya ALLAH...


ampunkanlah segala dosa2 kami,dosa2 kedua ibu bapa kami..jadikanlah kami insan yg sabar dan tabah dalam menghadapi segala Ujian dari-Mu Ya Robb..Berkati dan Rahmatilah kehidupan kami.Jadikanlah kami hamba-Mu yg taat dan sentiasa bersyukur atas segala nikmat Mu.tetapkan iman kami Ya Robb agar hati2 kami tegar dan tetap terus melaksanakan perintah-Mu.Tiada Daya dan upaya kami melainkan dengan Kekuatan yg Engkau berikan. Perkenankanlah doa kami Ya Robb.. Ameen Ya Rabbal Alameen.."






No comments:

 
Copyright lyssa Faizureen 169; . All Right Reserved by sharifah shima