Online Diary cerita tentang kita

*

*
welcome to my blog sharifah shima

Thursday, November 14, 2013

Keputusan UPSR 2013


Eh eh, bukan shima punya keputusan ye. Haaa, tapi adik-adik kat luar sana. Berapa ramai agaknya yang dapat 5 A's kan? kepada g xtu, jangan sedih a.. truskan usaha.. PMR N SPM kn da.. buktikan okay.. Btw, Adik  shima sekarang dah ambil keputusan UPSR dia. Cousin dia pun sama, ambil keputusan UPSR. Seronok ada cousin sebaya ni. Jadi bersemangat sebab nak tengok siapa yang hebat. Hehe.. macam shima time SPM dulu.. hehe..

tadaa.. ni dia keputusan yang dia dapat...


Alhamdulilah.. 4A 1B..  seronok sangat shima, mcm shima pula yg dapat result nie.. hihi..:)
mak abah pun macam happy je.. siap nak buat kenduri lagi esok.. hehe * of couse la terharu ank dia dpt keputusan elok.. hihi..:P



                                           

Friday, November 08, 2013

Tafsiran bertunang dalam islam




hey.. salam jumaat semua.. Apa khabar?  

Malam nie shima nak buat entri pasal bertunang dalam Islam. shima pun baru je tau , rupa-rupanya bertunang dalam Islam bukan seperti yang kita fikirkan dan katakan. shima dapat tau pun dari Ustaz Firman.. *kawan satu kampus.. hihi.. dia ni dh byk kali jadi imam sbb tu shima gelarkan dia ustaz.. :P

MR.
"Awak...Sudi tak awak jadi permaisuri dalam hati saya a.k.a isteri ????"
atau pun perkataan2 yang lain yg membawa maksud yg sama.

MRS.
Dengan senyum lebar mengiyakan. Hihihi. Malu-malu ("-") walaupun hanya melalui SMS dan telefon. 

Lastly, shima cari dalam internet. shima  terjumpa soal jawab Ustaz Azhar Idrus. jom kita tgk.. 
tekan LINK ni okay.. saja xnak upload dalam entri nie.. hehe

**Kesimpulannya, barangsiapa laki-laki yang dah menyatakan hasratnya untuk menjadikan seseorang perempuan itu sebagai isteri maknanya dah dikatakan TUNANG. Tak kira melalui telefon, Facebook, Twitter atau depan-depan. Yang datang rombongan ke rumah pihak perempuan tu cuma adat melayu sahaja. 


Wednesday, November 06, 2013

Keistimewaan Kaum Hawa




hey2.. selamat petang..hmm.. korg nk dengar cerita x? kalau xnak xpe.. sila tinggalkan blog kesayangan saya ni..xkisah pun.. huhu..btw,, dh alang2 korg singgah blog ni , apa salahnya korg baca kan.. kali ini tetamu yg xpernah aku nak undang pun, aku undang untuk korg baca..tapi kali ni jela.. *sapa makan cili dia la yg terasa pedas nya..  hihi.. gurau2 jew..


okay laa jom baca..)


Bersyukurlah jika kita dilahirkan sebagai seorang wanita. Kerana golongan wanita memang cukup istimewa. Wanita boleh melahirkan anak, menjadi ibu dan juga seorang pemimpin. Wanita juga istimewa sehingga adanya ungkapan ‘syurga itu di bawah tapak kaki ibu’. Banyak kelebihan yang diperolehi oleh seorang wanita dan banyak juga cara untuk menambah keistimewaan ini.

Pada hari penciptaan perempuan, malaikat bertanya kepada Tuhan "Apakah keistimewaan dari ciptaanmu ini?"lalu TUHAN menjawab "ada byk KEISTIMEWAAN yg dimiliki.. antaranya ialah:

  • Di balik kelembutanya dia memiliki kekuatan yg begitu dasyat.
  • Senyumanya ialah semangat bg owg yg dicintainya.
  • Pelukkan dan ciuman nya memberi kehangatan bagi anak2nya
  • Dia tersenyum melihat kawanya tertawa.
  • Dia terharu melihat anaknya menjadi juara.
  • Dia menangis apabila melihat kesengsaraan.
  • Dia mampu tersenyum dibalik kesedihannya.
  • Dia sangat gembira melihat kelahiran.
  • Dia begitu sedih melihat kematian.
  • Titisan air matanya membawa perdamaian.

Tapi dia sering lupa satu hal.."apa itu Ya Tuhan??"
bahawa "bertapa berharganya dia"

Tuesday, November 05, 2013

Boring and Menyampah....?



hey blogger2 suma.. pelik kn tajuk entri ni?? hehe.. btw, saja malam ni nak story2 sikit..

korang mesti Boring and Menyampah kan tgk blog shima? *haaa.. mengaku cepat..:P

Actually shima ni baru je buat blog.. awal tahun 2013.. hmm.. masih baru dalam dunia blogger..selalu org cakap org akan menyampah kalau blogger itu asyik update pasal boyfriend dia je kn? betul kn??mesti korg akan cakap "belom apa2 dh update", "xpayahla nak agung2kn sangat", "selalu update, tgk2 khawin dgn org lain", dan macam2 lagi la kn.. 

hehe.. shima xkisah pun apa org2 nak cakap, ini blog shima suka hati shima la nk update apa pun.. ini tempat shima bercerita, selain dari family, kwn2 disini juga la tempat shima meluahkan perasaan.. aceewahh.. hehe

bukan apa, terlampau excited sngt la sampai terupdate tu.. hehe.. insyaAllah lepas ini shima akan kurang kan..yela, dia itu cinta kedua shima kalo boleh xnak la putus dtgh jalan.. dulu pun shima dikecewakan xnakla di kecewakan lagi.. hmm.. apa2 pun berserah pada takdir..Ada jodoh adala, kalo xda nk buat mcm mana..dah takdir..

ye shima mengaku shima pun agak lalai.. sampaikan slalu update pasal boyfriend.. walaupun xde org yg mengata or mention apa2 shima tetap nk berjaga2 juga.. entri ni pun sbb tiba2 terdetik nak tulis.. ntah2 ada org mengumpat shima x.. hehe..

kalau ada apa2 yg kurang or salah tlg tegur2 kan okay.. jgn diam je.. hehe.. alaa.. shima bkn nk mkn org pun.. shima xksah walaupun dikritik.. semua itu membuatkan shima lebih bersemangat.. okayla setakat sini jela malam ni.. bye2.. assalamualaikum..:)

Monday, November 04, 2013

Future Teacher




Alhamdulilah.. pejam celik, pejam celik.. sem depan dah last sem..lepas itu  praktikal then tamat la pengajian di peringkat diploma....sekejap je masa berlalu.. Alhamdulilah.. jika diberi kesempatan aku ingin melanjut pengajian di peringkat ijazah pula.. tetapi bukan di bahagian Early Childhood Education, aku ingin beralih arah ke fakulti lain pulak.. iaitu fakulti pendidikan kemahiran hidup.. fakulti yang jauh berbeza dari fakulti yang aku ambil sekarang..hehe..

bukan apa, aku ingin juga belajar kemahiran.. mana nak tau nanti boleh buat kerja 2 dalam 1.. InsyaAllah jika diberi rezeki.. Tapi yang pasti setelah tamat dip aku ingin bekerja dahulu ingin mencari pengalaman then baru meneruskan niat untuk bersambung.. 

sepanjang aku berada dalam fakulti Early Childhood Education dah banyak taska, tadika, tabika, prasekolah, sek dan smk yg telah aku lawati dan membuat program disana.. 

jom terjah gambar2 di bawah ni..:))


bersama kanak-kanak tabika kemas..
bersama kanak-kanak di taska bunga raya..


menanti kedatangan student2 smkyan..
.


membuat aktiviti bersama student2 smk pauh jaya di pendang lake resort ..





bersama student2 dari smkyan..

besama student2 smk alor merah..

menjadi mentor kepada student2 smkyan di sekola smkyan..

bersama2 fasi di smkyan..





4 hari 3 malam bersama student2 smkyan.. smkyan the best..!! 

 bersama kanak-kanak di tadika pintar..


Wednesday, October 30, 2013

Dugaan Hari ini




hey rakan-rakan blogger.. hmm.. lamanya xupdate.. rindula pulak.. bz sikit sekarang ni assgmnt bertimbun-timbun.. argghhhh.. tension nya.. 

Dugaan-dugaan.. hmm.. sedih nya hari ini..
sudah lama tak naik bas hari ini tiba-tiba aku naik bas..aku balik awal hari ini xlarat nak tnggu my dad habis keja baru amik aku.. bfre ni xpela sidia ada boleh tlg amikan.. sekarang sidia pun dah jauh.. hmm.. terasa sunyi sangat..

dengan keadaan hujan rintik-rintik aku bergegas ke pekan rabu.. di mana di situ la tempat untuk orang2 yang menaiki bas.. hampir 15 minit aku tunggu bas pun sampai..keseorangan disitu..

lepas naik dari bas, ada pulak abg yang mengalami kecatatan mata, dgn spontan nya dia duduk sebelah aku.. okay fine aku fikir dia oku so aku pun tak kata apa la.. tapi dalam hati hanya Allah ja yang tau betapa risaunya aku takot2 org jahat ke apa ke.. 

selalunya orang oku yang aku jumpa tak aktif mcm dia.. macam2 la dia tanya aku itu ini.. dari apa yang aku tahu dia orang selangor dan bercuti di sini.. dia juga buka sekola agama di selangor. ishla.. dia bg no dia dekat aku kot pastu dia suruh aku miscall aku pun cakap nanti2 aku kol padahal aku xsave pun no dia.. aku buat xtau ja..dia bg no dia sbb dia perlukan cikgu agama.. dia minta aku carikan.. kebetulan aku study amik kos pendidikan.. dalam bas dia asyk dk baca surah2 Al quran ja.. hmm

yang aku was2 dia ni buta ke x.. hmm.. pelik2.. tapi cara dia macam buta sebab kawan dia yang tolong dia jalan. tapi xtau la manusia sekarang bukan boleh percaya sangat. 

Alhamdulilah setelah tiba di shahab perdana aku rasa selamat sangat.. nak balik ke rumah aku kena naik bas lagi satu pula.. bas untuk ke jitra.. mengambil masa 15 ke 20 minit juga.. 

yang malang ja.. apabila pertukaran bas berlaku, aku duduk pula di sebelah anty i**** ni.. Ya Allah hanya Allah ja yang tau bertapa berbau nya dia.. macam sebulan tak mandi.. dengan baju pun kotor dan terkoyak.. selalu kawan i**** aku tak macam dia.. wangi je.. bukanla aku nak hina tapi dh la dalam bas itu guna penghawa dingin pastu bau pulak macam tu.. hmm.. hampir 20 minit juga la aku kena tahan..dah la aku ni xberapa sihat sikit.. aku tengok dia pun macam tak berapa cerdik.. hmm.. ntahla.. 

lastly, argghhh.. apala yang aku pikir sampai dah sampai rumah aku pun tak perasan sampaikan aku tak tekan butang loceng tu.. pastu tiba2 baru aku perasan yang aku dah jauh dari rumah.. dengan sepantas kilat aku pun tekan loceng.. terpaksa la berjalan jauh skit.. nasib baik la tak jauh sangat.. kalo aku tak sedar ntah2 dah sampai uum dh pa.. haha.. malangnya hari ni.. sob3.. hmm..

okay la setakat ini sajala untuk hari ni.. aku ingin memohon maaf jika ada kaum yang terasa aku bukan nak menghina ke apa.. aku cuma meluahkan apa yang aku rasa.. :)

 
Copyright lyssa Faizureen 169; . All Right Reserved by sharifah shima