Online Diary cerita tentang kita

*

*
welcome to my blog sharifah shima

Wednesday, February 19, 2014

Mutiara Kata Prof Dr Muhaya Mohamad



"Imaginasi dan mental movie ialah kuasa minda kurniaan Allah yang paling besar kepada manusia. Ramai manusia gunakan untuk benda negatif dan menakutkan mereka. Jika ubah cara penggunaan maka hidup akan berubah. Imaginasi positif menghasilkan hormon positif, badan akan sihat dan jiwa tenang. Sebab itu perkataan takut, risau, kalau tak jadi, menunjukkan imaginasi negatif. Lihat kehidupan dan kesihatan orang yang banyak takut dan risau berbanding dengan mereka yang ceria dan positif." Prof Dr Muhaya Mohamad

Inginkan Perubahan?



Perubahan ke arah yang lebih baik ?


Bila bercakap mengenai `perubahan' .. banyak perubahan yang boleh dilakukan.. tetapi perubahan yang paling memberi impak ialah perubahan dalam diri sendiri daripada tidak baik kepada lebih baik.. saya percaya ramai yang inginkan perubahan ini termasuklah diri saya sendiri.. adakah perubahan ini telah terlaksana ? 

Memang sukar untuk berubah. Berhijrahlah dari satu tahap ke satu tahap yang lebih baik melalui lima langkah hijrah iaitu melakukan muhasabah, menetapkan azam, menetapkan matlamat, merancang strategi, komited dan konsisten. *tapi komited dan konsisten tu susah nye la aku nak capai. hadoiiii..* So, rangsang diri kita dengan mengubah tabiat agar tidak kekal di takuk lama.

Sebenarnya, kitalah yang lebih tahu dan mengerti tentang diri kita sendiri. Namun, kita kena percaya bahawa setiap orang inginkan kejayaan. Kita mahukan hari ini yang lebih baik daripada semalam. Kita mahu esok yang lebih bermakna daripada hari ini. bukan macamtu?

Bagi aku, hijrah hendaklah dilakukan dengan niat yang tulus semata-mata kerana Allah selaras dengan semangat dan niat hati yang ikhlas untuk berubah. Maka, kita harus muhasabah diri terhadap proses hijrah dalam diri. Tak dinafikan ianya memerlukan proses tidak terlalu drastik dan perlahan-lahan. Tetapi untuk melalui proses itu, adakah detik demi detik, hari demi hari, bulan demi bulan dan tahun demi tahun kita melakukan proses perubahan ke arah yang lebih baik? Adakah solat kita cukup dan lebih khusyuk, pahala kita bertambah dan tutur kata kita lebih baik? Tepuk dada, tengok minda, buatlah keputusan yang terbaik untuk masa depan yang lebih baik!

jom sama-sama berhijrah ! 

Berubah memang sukar. tapi istiqamah dalam perubahan itu lebih sukar.
“rabbana latuzighr qulubana ba`daiz hadaitana…

Wednesday, January 08, 2014

Tazkirah Hari Ini


Dulu waktu sekolah rendah, kalau DATANG LAMBAT, kena denda kutip sampah sekitar kawan sekolah. Naik sekolah menengah, kalau DATANG LAMBAT, pengawas ambik nama dan cikgu disiplin akan sebut nama waktu perhimpunan. Kena denda juga kutip sampah atau cuci tandas. Masuk universiti, kalau DATANG LAMBAT ke kuliyyah, lecturer potong 'carry mark'. Ada juga yang terus tak boleh masuk, lecturer kunci pintu. Bila dah bekerjaya, kalau DATANG LAMBAT, bos akan marah, bonus dan kenaikan gaji terjejas. Bahkan kalau selalu sangat, HR akan hantar showcause letter. Tapi... Kalau DATANG LAMBAT solat jemaah, samada tertinggal rakaat pertama atau bahkan kalau datang ketika tahiyyat akhir, Allah tetap beri ganjaran 27 kali pahala. Tak kena tolak jadi 20, 10 atau 7. Tetap juga 27. Cuma pahala afdhalnya yang mungkin berbeza di sisi Allah.. Allahuakbar... Betapa Allah sangat sayangkan hambaNya.. Ustaz Azhar Idrus Berkata Kita relax and bace ni Perbualan antara Rasulullah & iblis... 

Rasulullah bertanya : “Apa yg kau rasakan jika melihat seseorang dari umatku hendak solat?” 


Iblis menjawab : “aku merasa panas dingin dan gementar” 


Rasulullah : “kenapa?” 


Iblis : “Sebab setiap seorang hamba bersujud 1X kepada Allah, Allah mengangkatnya 1 darjat” 


Rasulullah : “jika seorang umatku berpuasa?”


Iblis : “tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka” 


Rasulullah : “jika ia berhaji?” 


Iblis : “aku seperti orang gila” 


Rasulullah : “jika ia membaca Al-Quran?” 


Iblis : “aku merasa meleleh laksana timah diatas api" 


Rasulullah : “jika ia bersedekah?” 


Iblis : “itu sama saja org tersebut m'belah tubuhku dgn gergaji” 


Rasulullah : “mengapa boleh begitu?“ 


Iblis: ”sebab dalam sedekah ada 4 keuntungan baginya, iaitu :


1. Keberkahan dlm hartanya,
2. Hidupnya disukai, 3. Sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dgn api neraka, 4. Terhindar dari segala macam musibah akan terhalau dr dirinya 


Rasulullah : “apa yg dapat mematahkan pinggangmu?” 


Iblis : “suara kuda perang di jalan Allah.” 


Rasulullah : “apa yg dapat melelehkan tubuhmu?” 

Iblis : “taubat org yg bertaubat” Rasulullah : “apa yg dpt membakar hatimu?" 


Iblis : “istighfar di waktu siang & malam” 


Rasulullah : “apa yg dpt mencoreng wajahmu?” 


Iblis : “sedekah yg diam2” 


Rasulullah : “apa yg dpt menusuk matamu?” 


Iblis : “solat fajar” 


Rasulullah : “apa yg dpt memukul kepalamu?” 


Iblis : “solat berjemaah” 


Rasulullah : “apa yg paling mengganggumu” 


Iblis : “majlis para ulama” Rasulullah : “bagaimana cara makanmu?” 


Iblis : “dengan tangan kiri dan jariku” 


Rasulullah : “dimanakah kau menaungi anak2mu di musim panas?” 


Iblis : “dibawah kuku manusia” 



Rasulullah : “siapa temanmu wahai iblis?” 


Iblis : “penzina”


Rasulullah : “siapa teman tidurmu?”
Iblis : “pemabuk” 


Rasulullah : “siapa tamumu?”


Iblis : “pencuri” 


Rasulullah : “siapa utusanmu?”


Iblis : “tukang sihir (dukun)” 


Rasulullah : “apa yg membuatmu gembira?” 


Iblis : “bersumpah dgn cerai” 


Rasulullah : “siapa kekasihmu?” 


Iblis : “org yg meninggalkan Solat Jum'at” 


Rasulullah : “siapa manusia yg paling membahagiakanmu?" 


Iblis : “org yg meninggalkan solatnya dgn sengaja” 


√•√•√•√•√•√•√•√•√•√•√•√•√•√•√•√•√•√•√•√•√•√•√•√ AllahuRabbi.. Jom KONGSI *sebarkannya biar bagi 1 dunia tahu apa kelemahan Iblis. √•√•√•√•√•√•√•√•√•√•√•√•√•√•√•√•√•√•√•√•√•√•√•√ Copy paste


Tuesday, January 07, 2014

S.A.H.A.B.A.T

 Assalamualaikum..

Alhamdulillah…Oh Allah..Hambamu ini kembali bermuhasabah diri..menghitung diri yang terlalu banyak melakukan kesalahan dan kelalaian…Betapa sedikitnya amalku padaMU dalam melakukan ketaatan…Ampunkanlah aku Ya Allah..
Kini usiaku telah melangkah ke angka 20 tahun..Masyallah nikmat usia yang masih kurniakan padaku walaupun terkadang aku leka dan lalai terhadapMU…Ya Allah …betapa bertuanhya aku bertuhankan DIRIMU ALLAH…Tiada yang indah melainkan kemaafan dariMU Tuhanku…
  Sahabat?? Kenapa tajuk kali ni tentang sahabat?? Hurm.. honestly diri ini terlalu merindui sahabat-sahabat yang sedang mengejar cita-cita mereka di luar sana.. terlalu rindu sangat-sangat. Teringat kembali zaman di bangku sekolah, di mana kami tidak pernah berenggang, mana pergi bersama, apa yang kami buat turut bersama-sama.. makan sama-sama, tak siap homework pun sama-sama.. susah senang turut bersama... amat rindu detik itu.. ada ketika juga kami bergaduh, tapi gaduh sahabat,tak lama.. kadang-kadang rindu pulak nak gaduh macam dulu-dulu.. (tak matangkan!) 

  Tapi kini... semuanya sedang sibuk mengejar cita-cita, demi menggenggam segulung diploma dan ijazah, mengejar kehidupan yg diidamkan.. 

  Hanya sekeping hati ini yang sedang merindui mereka.. apakah mereka merindui diri ini sebagaimana aku merindui mereka saat ini?? Ahh.. tak perlu mengharap, hak mereka untuk merindui siapa yang mereka inginkan... hati berbisik. Apa khabar agaknya mereka di sana?? Sihatkah?? Harap-harap semuanya baik-baik sahaja.. sentiasa berada dalam lindungan-NYA, insyaAllah.. tetapi alhamdulilah dapat juga aku meluangkan masa bersama beberapa orang sahabat-sahabat aku di zaman persekolahan, walaupun hanya seketika tetapi sangat bermakna untuk aku.

Detik ini, fitrah hatiku merindui sahabat lamaku di bangku sekolah rendah dan seorang sahabat aku di tingkatan 1-3..Engkau lebih mengenalinya dari diriku… Ya Allah aku..sangat2 merinduinya..gelak tawanya, tangisannya.. kami terpisah disebabkan keluarganya berpindah dan terpaksa menukar sekolah.. kini sudah hampir 3 tahun lebih di berjumpa denganya.. dan sahabat di sekolah rendah hampir 5 tahun tidak berjumpa hanya bertukar-tukar khabar melalui fb saja.. hmm.. aku berharap suatu hari dapat juga kami berjumpa..insyaAllah..:)


Sunday, December 15, 2013

Kenduri Khawin



Last weekend ada jemputan ke kenduri kahwin. Biasalah cuti cuti sekolah ni memang memanjang kenduri sana sini.. nasib bek cek pun cuti.. muahaaa..

Biasa kalau kita kita pergi jemputan kenduri kahwin mestilah teruja. Macam macam lah nak tengok, nak gossip. Awww.

Nak tengok pengantinnya comel ke tak? Hantaran kahwin cantik ke tak? Kaler apa? pelamin cantik ke x? dan macam2 lagi laa kn.. sambil berangan-angan " aku pun nak mcm nie gak" acewahhh.. hihi

best kan gi kenduri khawin.. this year, dah 5 orang sahabat shima time sekola dulu dah khawin.. awal nye hampa khawin..dah jodoh depa.. tu belum campur yang dah bertunang.. 3,4 org juga la yang dah bertunang.. yg akan bertunang awal tahun depan pun ada.. btw, congrate ya..:)

shima sekarang ni pun sibuk juga duk prepare barang-barang kenduri akak shima 31 januari thun depan.. tak lama dah kan.. hmm.. mcm2 la benda yang kena beli.. tambah2 pula akak shima tu cerewek skit.. hihi.. jgn marah ye..

jom2 posing sikit.. :)













tadaa.. ni la kwn skola shima.. muda lagi
yg girl tu baru brumur 19 tahun..:)
pic dari fb.. hihi..
haa.. gambar pengantin yg lain2.. sory laa ye.. xdan nak ambil.. hehe

Saturday, December 14, 2013

Dah Lama Tak Update Blog

Dah lama shima tak buka blog , hehe.. bukan apa, bz sikit la.. assigment bertimbun.. huhu.. Kadang-kadang kalau ada masa , shima hanya buka facebook je.. itu pun lihat-lihat mcm itu jew.. hmm.. 

sekarang ni cuma nak tunggu exam jew 28 disember ni.. hmm.. alhamdulilahla suma assigment dah pun submit.. sem ni sangat bz dan byk keje.. yela dh nak final dh..  sem ni juga kena buat drama n teater muzikal.. 

serabut sangat dengan nak buat skrip, report.. hmm.. walaupun assigment brkumpulan tapi biasa la.. dalam kumpulan tu mesti akn ada sorg dua yg buat masalah.. normal dh 2.. tapi alhamdulilahlah akhirnya kami berjaya mempersembahkan lakonan kami.. 

walaupun ada sedikit cacat cela, ada rakan-rakan yang pandai cover.. dan kami mendapat komen yg positif  dari  lecture. lecture pun tak sangka yg kami boleh menyanyi.. hihi..:P  

apa-apa pun The Best laa.. satu kelas dan satu course berganding bahu untuk menyempurnakan teater ini.. ALHAMDULILAH..




 melakonkan watak sebagai biri2..






tadaa.. ni la watak yg shima pegang.. untuk english 3 shima memegang watak budak skola ..
untuk teater muzikal shima memegang watak "Biri-biri".. hehe
 
Copyright lyssa Faizureen 169; . All Right Reserved by sharifah shima