Online Diary cerita tentang kita: S.A.H.A.B.A.T

*

*
welcome to my blog sharifah shima

Tuesday, January 07, 2014

S.A.H.A.B.A.T

 Assalamualaikum..

Alhamdulillah…Oh Allah..Hambamu ini kembali bermuhasabah diri..menghitung diri yang terlalu banyak melakukan kesalahan dan kelalaian…Betapa sedikitnya amalku padaMU dalam melakukan ketaatan…Ampunkanlah aku Ya Allah..
Kini usiaku telah melangkah ke angka 20 tahun..Masyallah nikmat usia yang masih kurniakan padaku walaupun terkadang aku leka dan lalai terhadapMU…Ya Allah …betapa bertuanhya aku bertuhankan DIRIMU ALLAH…Tiada yang indah melainkan kemaafan dariMU Tuhanku…
  Sahabat?? Kenapa tajuk kali ni tentang sahabat?? Hurm.. honestly diri ini terlalu merindui sahabat-sahabat yang sedang mengejar cita-cita mereka di luar sana.. terlalu rindu sangat-sangat. Teringat kembali zaman di bangku sekolah, di mana kami tidak pernah berenggang, mana pergi bersama, apa yang kami buat turut bersama-sama.. makan sama-sama, tak siap homework pun sama-sama.. susah senang turut bersama... amat rindu detik itu.. ada ketika juga kami bergaduh, tapi gaduh sahabat,tak lama.. kadang-kadang rindu pulak nak gaduh macam dulu-dulu.. (tak matangkan!) 

  Tapi kini... semuanya sedang sibuk mengejar cita-cita, demi menggenggam segulung diploma dan ijazah, mengejar kehidupan yg diidamkan.. 

  Hanya sekeping hati ini yang sedang merindui mereka.. apakah mereka merindui diri ini sebagaimana aku merindui mereka saat ini?? Ahh.. tak perlu mengharap, hak mereka untuk merindui siapa yang mereka inginkan... hati berbisik. Apa khabar agaknya mereka di sana?? Sihatkah?? Harap-harap semuanya baik-baik sahaja.. sentiasa berada dalam lindungan-NYA, insyaAllah.. tetapi alhamdulilah dapat juga aku meluangkan masa bersama beberapa orang sahabat-sahabat aku di zaman persekolahan, walaupun hanya seketika tetapi sangat bermakna untuk aku.

Detik ini, fitrah hatiku merindui sahabat lamaku di bangku sekolah rendah dan seorang sahabat aku di tingkatan 1-3..Engkau lebih mengenalinya dari diriku… Ya Allah aku..sangat2 merinduinya..gelak tawanya, tangisannya.. kami terpisah disebabkan keluarganya berpindah dan terpaksa menukar sekolah.. kini sudah hampir 3 tahun lebih di berjumpa denganya.. dan sahabat di sekolah rendah hampir 5 tahun tidak berjumpa hanya bertukar-tukar khabar melalui fb saja.. hmm.. aku berharap suatu hari dapat juga kami berjumpa..insyaAllah..:)


No comments:

 
Copyright lyssa Faizureen 169; . All Right Reserved by sharifah shima