Online Diary cerita tentang kita: Inginkan Perubahan?

*

*
welcome to my blog sharifah shima

Wednesday, February 19, 2014

Inginkan Perubahan?



Perubahan ke arah yang lebih baik ?


Bila bercakap mengenai `perubahan' .. banyak perubahan yang boleh dilakukan.. tetapi perubahan yang paling memberi impak ialah perubahan dalam diri sendiri daripada tidak baik kepada lebih baik.. saya percaya ramai yang inginkan perubahan ini termasuklah diri saya sendiri.. adakah perubahan ini telah terlaksana ? 

Memang sukar untuk berubah. Berhijrahlah dari satu tahap ke satu tahap yang lebih baik melalui lima langkah hijrah iaitu melakukan muhasabah, menetapkan azam, menetapkan matlamat, merancang strategi, komited dan konsisten. *tapi komited dan konsisten tu susah nye la aku nak capai. hadoiiii..* So, rangsang diri kita dengan mengubah tabiat agar tidak kekal di takuk lama.

Sebenarnya, kitalah yang lebih tahu dan mengerti tentang diri kita sendiri. Namun, kita kena percaya bahawa setiap orang inginkan kejayaan. Kita mahukan hari ini yang lebih baik daripada semalam. Kita mahu esok yang lebih bermakna daripada hari ini. bukan macamtu?

Bagi aku, hijrah hendaklah dilakukan dengan niat yang tulus semata-mata kerana Allah selaras dengan semangat dan niat hati yang ikhlas untuk berubah. Maka, kita harus muhasabah diri terhadap proses hijrah dalam diri. Tak dinafikan ianya memerlukan proses tidak terlalu drastik dan perlahan-lahan. Tetapi untuk melalui proses itu, adakah detik demi detik, hari demi hari, bulan demi bulan dan tahun demi tahun kita melakukan proses perubahan ke arah yang lebih baik? Adakah solat kita cukup dan lebih khusyuk, pahala kita bertambah dan tutur kata kita lebih baik? Tepuk dada, tengok minda, buatlah keputusan yang terbaik untuk masa depan yang lebih baik!

jom sama-sama berhijrah ! 

Berubah memang sukar. tapi istiqamah dalam perubahan itu lebih sukar.
“rabbana latuzighr qulubana ba`daiz hadaitana…

No comments:

 
Copyright lyssa Faizureen 169; . All Right Reserved by sharifah shima