Online Diary cerita tentang kita

*

*
welcome to my blog sharifah shima

Wednesday, September 04, 2013

Kisah Ainul Mardhiah


Hari ini aku ada tengok "Tanyalah Utazah", aku tertarik sangat dengan cerita yang di sampaikan oleh utazah Siti Nor Bahyah iaitu mengenai "Ainul Mardhiah" bidadari yang sangat cantik..



Maksud Ainul Mardhiah ialah 'mata yang diredhai'.

Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik di kalangan bidadari-bidadari yang lain. Suatu pagi dalam bulan puasa ketika Rasulullah S.A.W. memberi targhib iaitu berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah, katanya, "Barangsiapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik di kalangan bidadari-bidadari syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin hendak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut tetapi dia malu hendak bertanyakan kepada Rasulullah S.A.W. kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap memberi nama sebagai salah seorang yang akan keluar berjihad.

Sebelum Zohor, sunnah Nabi akan tidur sebentar, dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi, tidur bersama-sama. Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang lelaki yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri-seri lalu ditanyakan dimanakah dia. Lelaki itu lalu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah. Lelaki itu menunjuknya di suatu arah maka berjalanlah dia ke situ. Di suatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tidak pernah dilihat kecantikan begitu didunia ini lalu diberi salam dan dia bertanya, "Adakah kamu ini Ainul Mardhiah?" Wanita itu menjawab, " Tidak, saya khadamnya. Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana sana."

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda daripada yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai. Dia memberi salam dan bertanya lagi, "Adakah kamu Ainul Mardiah?" Lalu wanita itu menjawab, "Tidak, saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini. Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana." Lelaki itu menaiki anak-anak tangga mahligai permata itu. Kecantikannya sungguh mengkagumkan. Akhirnya dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yangberganda-ganda cantik daripada yang pertama dan yang kedua, tidak pernah dilihat di dunia.. Wanita itu berkata, "Akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku."

Apabila lelaki itu mendekatinya Ainul Mardhiah menjawab, "Nanti, kamu belum syahid lagi." Tersentak pemuda itu lalu terjaga dari tidurnya. Dia menceritakan segala-galanya kepada seorang sahabat lain, namun begitu dia berpesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Nabi SAW. Tetapi, sekiranya dia syahid barulah diceritakan kepada Nabi.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah dan Nabi SAW telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah syahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, ketika waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka yang juga merupakan salah satu sunnah Nabi SAW. Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati Nabi SAW lalu menceritakan perihal sahabat Nabi yang syahid tadi. Ketika bercerita itu Nabi menjawab, "Benar... benar... benar..." sepanjang cerita tersebut. Akhirnya Nabi SAW berkata, "Memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga."

Wallahu wa'lam





Thursday, August 29, 2013

fakta tentang ibu anda !




ramai orang cakap masakan ibu sendiri adalah yang paling sedap , pendek kata memang tak boleh lawan la dengan ibu orang lain . sedangkan mungkin bagi orang lain masakan itu biasa-biasa sahaja 

tapi tahu tak kenapa anda sentiasa rasa masakan ibu anda yg paling sedap? sebab.. apabila seorang wanita itu memasak , dia memasak dengan sepenuh hati.. umpama kasih sayangnya diadun bersama rempah masakan tersebut...

"kenapa sedap sangat ni mak masak?" sebab ada kasih sayang seorang ibu dalam masakan tersebut ...orang lain rasa tak sedap , sebab mereka tak dapat rasa kasih sayang tu.. 

Wednesday, August 28, 2013

Si Dia Melayan Si Comel


wahhh... bestnye tengok si dia melayan si comel..nampak cute sangat..tadaaa.. ni diaa..





geram laa tengok baby ni.. comel kan? nama di Rayyan.. *eh macam dalam cerita Putera Rayyan pulak kan.. hehe

Biasalah, siapa yang tak suka tengok baby yang comel ouh? Semua suka kan. Sedap je mata memandang. Tak kesah lah baby ni warna kulit putih ke hitam ke coklat ke or apa apa sekali pun yang pasti bayi bayi tersebut adalah anugerah Tuhan yang comel lote gitu. 

Okay, macam yang kita tahu lah kan atau yang kita tengok, baby nampak comel sangat bila dorang gelak ketawa. Kalau kita dok sergah depa, alahai tak boleh nak comel lagi kaa? Cubit sampai nangis kang baru tau. Hahaha.. teringin nak ada baby sendiri.. * eh gatal nye.. hehe

huhu.. tatau la kenapa lately ni suka sangat tengok budak dan baby..pantang jalan ke sana sini, nampak baby yang parent dia dukung ke, yang tengah jalan ke nampak geram sangat..pastu mula laa berangan.. hahaha.. selalu nya kalau kuar dengan si dia.. mesti dia tegur kalau nampak aku duk usya baby..*haha.. malu seketika


okay laa.. mengantuk laa pulak.. setakat ini saja untuk malam ni.. bye2.. 








Saturday, August 24, 2013

Mukjizat Ayat Kursi



WAJIB BACA !!



Kenapa Tak Rogol Saya ??

Seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US, memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Maklum hari sudah lewat. Berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut berjalan bersaorangan. Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang saudari kita ni boleh buat adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi lelaki yang bersandar itu, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, saudari ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut.Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari. Tapi perempuan Muslim ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Muslimah ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).


Dia pun tanya perogol itu

Why dont you do anything to me on that night even though you know that I'm alone??

Perogol tu jawab: No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.?

Saudari ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.


MORAL CERITA INI:

Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Muslimah tadi pertama-tamanya menutup aurat dan memang Muslimah yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. (Kalau aurat terbuka malaikat pun malas dekat). Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.

Ayat Kursi sememangnya adalah ayat pelindung yang mustajab?selalulah amalkannya. Bayangkan anda seorang yang selalu ingkar suruhan Allah, kufur dengan nikmatnya, sambil lewa beribadat. Dapatkah anda mendapat pertolongan sebegini dari Allah? Balasan Allah tu boleh datang semasa di dunia lagi. Di akhirat kelak memang pasti kerana itu janji Allah. Jadi, renungkanlah di mana level ?iman? kita sekarang ini. Wassalam.

Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya [Dari Abdullah bin ?Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan saya.semoga anda semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat.sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA.semoga kita sentiasa dipeliHara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam??.


SHARE kepada semua , biar semua tahu ...
SHARE kepada semua , anda dapat pahala ...
SHARE kepada semua , biar semua amalkannya ...



Tuesday, August 20, 2013

Dah 1 Tahun..



m00d : b'syukur x terhingga kepadaNYA...


Alhamdulillah 19.08.13  genap 1thn relationship sy n dia... *baru setahun jew.. huhu.. insyaAllah setahun, dua ag kami akn melangkah ke alam seterusnya.. *BERDOA PENUH HARAPAN
..Alhamdulillah kami dpt tempuhi sgla dugaan yg berat ngn sabar n tabah...dalam tempoh setahun ni mcm2 rasa de...manis...pahit...payau...tp sy suke... ^^

smge kami lebih tabah n sabar ngn dugaan yg akn datang...
smge hbgan kami kekal keakhirnye...

tiada kata2 yg boleh melambangkan kegembiraan...sekadar t'senyum lebar...
sy mencintai dia setulus ati sy & selamanya...amin



Monday, August 19, 2013

Gelagat Manusia Di Pesta Buku



lama nye tak update blog.. rindu laa pulak.. hehe..

jom kita tengok kelakuan aneh gelagat masyarat dunia..
macam macam perangai manusia dalam dunia ni kn..?

 Ada yang cium tangan, peluk cium pipi penulis novel kegemaran.
 Ada yang tak kisah beratur panjang nak mintak tandatangan penulis/kartunis.
 Ada yang nampak betul ‘teruja’ bila kartunis nak lukis karikatur dia kat komik/paperbag yang dyaorang dok borong. 

 Ada yang ambil kesempatan nak pungut derma. Ada jugak yang edarkan flyers skim tipu org ..
 kalau nak duit usaha la! bukan menipu janji bulan bintang!)
 Ada yang carik novel yang murah sahaja (termasuk aku - sebab barulah kena dengan tema ‘pesta buku’, kalau harga normal atau setakat diskaun seringgit dua kat kedai biasa, baik pegi kedai buku biasa je, ye dak?). 

Ada yang cari buku yang belum ‘keluar’ kat kedai buku lagi. 
Ada yang tinggalkan anak-anak berlari-larian..
Ada anak-anak pulak pantang tengok belon, maskot ke… main lari je tinggalkan mak abah dia. Punyalah mak ayah dia jenuh nak kejar balik. 
                                         
Ada rombongan sekolah pi pesta buku, last-last jinjing beg shopping dari The Mall.. Tu la dia.. macam-macam perangai. Tapi yang pasti - pengumuman ni mesti ada…
 
Copyright lyssa Faizureen 169; . All Right Reserved by sharifah shima