Online Diary cerita tentang kita

*

*
welcome to my blog sharifah shima

Thursday, July 18, 2013

Nukilan Noor Diyana Isteri Ashraf Muslim..



Ya Allah sayunya hati bila baca nukilan ni.. serius sedih sangat.. harap-harap suatu hari nanti tidak jadila kepada aku.. serius aku tak sanggup.. 


"Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand "

Sungguh ! Beratnya memegang kasih dan cinta pada seorg suami ! Berdoa agar jodoh dia mmg milik aku seorang smpai mati dan sungguh ..andai jodoh dia tetap ada bersama org lain , aku akan terima dgn terbuka dan terus kuat mcm yg mami lakukan !!

Percaya pada jodoh ! Percaya pada ketentuan ! Menangis air mata darah pon kalau takdir dah begitu..kita ada dua pilihan, terima atau menarik diri !!!

Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah

Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah...mudah menyebut kun fa ya kun...

Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah...
Kerana satu dunia tahu

Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan..

Saturday, July 13, 2013

Ramadhan Yang Di Nanti..




Ya Allah,

Sampaikanlah akan Mu buat diriku ini, fajar Ramadhan kali ini... Kuatkanlah semangat dan kesungguhan dalam diri untuk menjadikan Ramadhan kali ini jauh lebih baik dari Ramadhan yang sebelumnya. Andai ada kesempatanku lagi untuk menghirup dinginnya subuh Ramadhan nanti, biarlah ianya menjadi hirupan nafas dari seorang hamba yang insaf akan segala dosa-dosanya. Biarlah dapat kuteruskan langkah kaki yang kian meniti usia ini dengan penuh rasa keinsafan dan tawadhu' kepadaMu...



Ramadhan bulan ibadah

Bulan kerahmatan dan keampunan
para malaikat merentangkan sayap
untuk menghitung pahala bergandaaaaaaa...

Pintu syurga dibukakan
Ditutup pintu neraka
Dibelenggu syaitan yg durjana
Dihentikan azab di pusaraaaa.... :'( :'(

Moga Allah beri kekuatan ana menjalani ramadhan sebaiknya.... Ameen ya Allah

Ahlan Wasahlan ya Ramadhannnnnnnn




Sunday, June 23, 2013

Tip Ingin Berubah Menjadi Matang

ni aku nak share dari apa yang aku baca dari blog nie.. sebenarnya aku pun tengah try nak jadi matang.. sedih kan bila orang cakap kita perangai budak-budak.. so.. bagi sesiapa yg ingin berubah boleh la gunakan tip ini..:)


1. Bergaul dengan orang yang jauh lebih dewasa
- You takkan matang sekiranya hanya berkawan dengan rakan yang sebaya dengan you sahaja. Keluarlah dari kepompong dan bergaullah dengan orang sekeliling yang berbeza level dengan you. Ambil teladan yang baik daripada persahabatan dan tidak sombong untuk mendengar pendapat orang lain.
2. Menambah ilmu
- Tidak dinafikan ilmu pengetahuan ialah elemen penting yang membentuk sahsiah dan perwatakan seseorang itu kearah yang lebih baik. Ilmu akademik mahupun kerohanian adalah sama penting dan perlu dititikberatkan.
- Menonton rancangan ilmiah atau dokumentari di televisyen juga salah satu bentuk pendidikan.
3. Membaca surat khabar
Maksudnya membaca keseluruhan isi akhbar itu dan bukan kolum hiburan atau sukan sahaja 
4. Merubah gaya ber-SMS
Elakkan bertanya soalan-soalan menjemukan seperti “awak sudah makan?, makan apa?”, “awak betul-betul sayang saya?” atau soalan yang ekstrem seperti “apa nama anak sulung perempuan kita nanti?”, dan sebagainya
Maturity is a matter of time. Tidak perlu terlalu memaksa untuk menjadi dewasa kerana ia akan datang sendiri daripada pengalaman hidup. Contoh, jika semasa kanak-kanak, you tak perlu hiraukan masalah di sekeliling you dan hanya tahu bermain. Sekarang you sebagai anak gadis, perlu membahagiakan ibu bapa dan keluarga. Inilah yang dinamakan tanggungjawab. Dan tanggungjawab inilah mendewasakan you dari semasa ke semasa.
p/s: Jangan gopoh menjadi ‘tua sebelum usia’ kerana waktu remaja hanya datang sekali sahaja dan tak dapat diulang kembali. 


Monday, June 10, 2013

Kenangan di UPSI..



Alhamdulilah.. akhirnya aku dapat juga menjejakkan kaki ke upsi.. selama 3 hari 2 malam untuk mengikuti seminar kebangsaan pendidikan awal kanak-kanak 2013 yang ke 3.. ini kali pertama aku menjejakkan kaki aku di Upsi.. aku berharap suatu hari nanti aku dapat buat degree di situ.. InsyaAllah..

Alhamdulilah laa.. banyak bengkel yang diadakan.. cuma satu ja yang aku n kwn2 xpuas hati.. sebab bengkel 2 kami di benarkan memilih dua bengkel sahaja.. hope untuk next seminar dapat mnyediakan bengkel yang boleh semua student terlibat..:)




















 

Tuesday, May 28, 2013

Ramadan Semakin Hampir..




sedar tak sedar semakin lama Ramadhan semakin menghampir.. ... Alhamdulillah... semoga diberi kesempatan olehNya untuk bertemu sekali lagi dengan bulan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan itu.... semoga Ramadhan kali ini dapat ku manfaatkan dengan sebaiknya... lebih baik dari Ramadhan yang lepas...InsyaAllah....

Dalam masa yang masa juga ramai kawan-kawan yang memenuhkan event box kat fb shima dengan jemputan khawin diaorang... Alhamdulillah... tahniah dear2 sekalian.. semoga menjadi isteri yang solehah, ibu yang mithali.. kekal hingga ke Jannah... Bab yang nak dirikan masjid dah jadi satu chapter... yang bakal dirisik dan menjadi tunangan orang.. haaa... sahabat-sabahat ku... good luck ye control ayu masa sarung cincin dari bakal mak mertua and posing tangkap gambar... ^_^


Siapa yang dah simpan azam untuk khatamkan Al-Quran 30 juzuk untuk 30 hari ramadhan nanti? :)

Mudah-mudahan Allah izinkan kita untuk mengecapi nikmat dan barakah Ramadhan tahun ini. Amin.






Friday, May 03, 2013

Mulia Memaafkan & Menahan Marah

"Tidaklah sedekah itu mengurangi harta, dan tidaklah Allah menambah bagi seorang hamba dengan sifat memaafkan kecuali kemuliaan, serta tidaklah seorang hamba merendahkan diri karena Allah melainkan Allah meninggikan darjatnya." (Hadis Riwayat Muslim)
"Orang yang paling sabar diantara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (Hadis Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)
Nabi s.a.w. bersabda, "Tidaklah seorang itu suka memaafkan, melainkan dia akan semakin mulia." (Hadis Riwayat Muslim)
Allah SWT berfirman, "Dan bersegeralah kamu kepada ampunan Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, iaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya di waktu senang mahupun di waktu sempit, dan orang-orang yang menahan marah dan memaafkan kesalahan orang. Allah suka kepada orang yang berbuat kebajikan." (Surah Ali Imran : 133-134)
Nabi s.a.w. pernah bersabda: "Dilaporkan kepada Allah semua perbuatan manusia pada setiap hari Khamis dan Isnin, lalu Allah 'Azza Wa Jalla mengampuninya pada hari itu juga, diampunkan setiap orang yang tidak syirik (menyengutukan) sesuatu dengan-Nya, kecuali sesiapa yang sedang bermusuhan, iaitu Allah berfirman untuknya: Tinggalkanlah (jangan dihapus dosa) kedua-dua (orang yang bersengketa) ini, sehingga mereka berdua berdamai, tinggalkanlah (jangan dihapus dosa) kedua-dua (orang yang bersengketa) ini, sehingga mereka berdua berdamai." (Hadis Riwayat Muslim)
"Dan jika kalian memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah At-Taghobun : 14)
"Dan hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu, tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan ingatlah Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." (Surah al-Nuur : 22)
 
Copyright lyssa Faizureen 169; . All Right Reserved by sharifah shima